Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

MOU Kerjasama Pintar UIAM dan Universiti Hainan

By 26 September 2017September 27th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 26 Sept (Malaysiaaktif) – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Hainan, China memeterai perjanjian persefahaman (MoU) di UIAM Kampus Gombak, di sini hari ini.

Menurut Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim, antara persetujuan yang termeterai pada perjanjian ini adalah kerjasama dalam bidang kajian dan penyelidikan pelbagai bidang, menjalankan program mobiliti pertukaran pelajar dan kakitangan, perkongsian bahan sumber pembelajaran mengikut bidang serta perkongsian bahan rujukan dalam membantu penyelidikan serta kajian.

“UIAM dan Universiti Hainan akan bekerjasama mengadakan persidangan untuk mendapatkan pandangan antarabangsa melalui sudut akademik tentang kedudukan Laut China Selatan yang pelbagai pihak terlibat dengan kepentingannya termasuk pencerobohan perairan, pertikaian sempadan laut antarabangsa dan sebagainya,” katanya.

MoU ini merupakan persetujuan kerjasama dalam pelbagai bidang, perkongsian sumber pembelajaran dan bahan rujukan dalam membantu penyelidikan - Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim.

MoU ini merupakan persetujuan kerjasama dalam pelbagai bidang, perkongsian sumber pembelajaran dan bahan rujukan dalam membantu penyelidikan – Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Jelasnya, sekarang terdapat 720 pelajar China di UIAM yang akan dilatih dalam aspek harmoni, budi dan cara berfikir dalam Islam agar dapat memahami budaya Islam di negara ini.

Tambah Rais, program mobiliti pula akan melibatkan pertukaran pelajar antara dua negara dalam bidang pengurusan bahasa, pusat Bahasa Melayu dan peradaban Islam serta undang-undang.

Kerjasama yang terjalin akan membuka peluang kerjasama komunikasi antara dua negara seperti sudut kebudayaan, sosial dan ekonomi - Naib Presiden Universiti Hainan, Prof Dr Guohua Fu.

Kerjasama yang terjalin akan membuka peluang kerjasama komunikasi antara dua negara seperti sudut kebudayaan, sosial dan ekonomi – Naib Presiden Universiti Hainan, Prof Dr Guohua Fu.

Sementara itu, Naib Presiden Universiti Hainan, Prof Dr Guohua Fu berkata kerjasama yang dijalinkan ini akan membuka pelbagai peluang antaranya ialah kerjasama komunikasi di antara kedua negara seperti sudut kebudayaan, sosial dan ekonomi.

“UIAM merupakan sebuah universiti yang terkenal di seluruh dunia dan Universiti Hainan mula menapak dalam Islam antarabangsa sejak tahun 2001, bermula tahun ini akan menjalinkan perhubungan antarabangsa dengan sebuah universiti yang terkenal di Malaysia,” katanya.

Timbalan Rektor UIAM, Prof Dr Abdel Aziz Berghout dan Naib Presiden Universiti Hainan, Prof Dr Guohua Fu menunjukkan MoU yang telah ditandatangan.

Timbalan Rektor UIAM, Prof Dr Abdel Aziz Berghout dan Naib Presiden Universiti Hainan, Prof Dr Guohua Fu menunjukkan MoU yang telah ditandatangan.

MoU tersebut ditandatangani Timbalan Rektor Pengantarabangsaan, Industri dan Hubungan Komuniti UIAM, Prof Dr Abdel Aziz Berghout dan Prof Dr Guohua Fu sambil disaksikan Tan Sri Dr Rais Yatim.

– AH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda