Skip to main content
Berita TempatanSabah

Eagle Ragbi Club Juara Papar Ragbi Piala Patron 10 Sebelah

By 28 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & foto: Mohammad Abdul Rahman (Sabah)

PAPAR, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Kejohanan Sukan Ragbi peringkat daerah Papar mampu melahirkan pemain yang berbakat dan menjadi bintang dalam acara tahunan sukan berkenaan di daerah terbabit.

Ahli Parlimen Papar selaku Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlen menyokong sepenuhnya perkembangan sukan tersebut.

“Selaku penaung dan wakil rakyat, saya mengagumi komitmen tinggi Presiden Persatuan Ragbi Papar dalam penganjuran kejohanan kali ini.

Katanya lagi, bagi saya, Sabah mampu melahirkan bintang-bintang ternama di persada antarabangsa.

Ghani (tengah) menyampaikan hadiah kepada Dahlan (Kanan)

Ghani (tengah) menyampaikan hadiah kepada Dahlan (Kanan)

“Apa yang penting ialah komitmen semua pihak dalam membangunkan sukan ragbi ini,” ujarnya semasa ditemui media selepas Kejohanan Papar Ragbi Piala Patron 10 Sebelah di Padang Pekan pada Ahad.

Sebanyak 15 pasukan lelaki dan lima pasukan wanita menyertai kejohanan ragbi kali ketiga yang diadakan di sini tahun ini, bersama Sabah Ragbi Union (SRU) dan Kokum Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sementara itu Timbalan Presiden Sabah Ragbi Union (SRU) Dr. KH Tan turut memuji penganjuran sukan ini yang dianggap berada pada tahap tertinggi.

Katanya, di mana-mana pertandingan ragbi, kita sebenarnya mencari bakat-bakat baharu namun pada penganjuran di daerah ini, sukan ini boleh dianggap sebagai yang terbaik kerana dihadiri dan mendapat sokongan penuh daripada individu yang bergelar menteri persekutuan.

“Kami SRU amat menghargai sokongan dan komitmen ini dan berikutan galakan daripada para pemimpin tempatan boleh dikatakan ‘Sabah as land of Ragbi’,” jelasnya.

Tambahnya, mereka mahu Sabah akan terus dijadikan kayu pengukur kepada perkembangan sukan ragbi di negara ini.

Pada pertandingan tersebut, Eagle Ragbi Club dari Sandakan menewaskan Sabah Oscar World Rugbi Club dari Kota Kinabalu dengan 12-7 sekali gus merangkul Piala Pusingan, pingat dan wang tunai.

Manakala bagi kategori perempuan terbuka, Angel warrior menewaskan SABOC Sisterakas dengan 14-13.

Kapten Angel Wariors (Kanan) terima piala, pingat, sijil dan wang tunai daripada Rosnah (tengah).

Kapten Angel Wariors (Kanan) terima piala, pingat, sijil dan wang tunai daripada Rosnah (tengah).

Bagi kategori Plate terbuka lelaki pula, Sipitang Hunter tampil juara selepas mematahkan sayap Rajawali Papar manakala, KTRC Pigeons muncul juara menewaskan Islander Ladies dalam terbuka perempuan.

Sementara itu, KTRC Keningau menang menewaskan Trex Tawau dalam kategori Bowl.

Dahlan Daud, 19 daripada Eagle RC dinobatkan sebagai pemain terbaik lelaki, manakala Backliner dan Foward Terbaik Badrul dirangkul Musa Mukti, 19 daripada Eagle RC serta Carl Dylan,18 dari SOWRC.

Christina Johannes, 19 Angel Worriers menyandang pemain terbaik Wanita, Backliner dan Foward terbaik milik Dayang Anak Maggie, 20 serta Christina Edris,19 daripada SABOC Sisterakas.

-SF

 

Tinggalkan komen anda