Skip to main content
Berita TempatanSabah

Jadikan Rasulullah SAW Contoh Terbaik-Musa

By 3 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & foto: Liza Abdullah (Sabah)

TAWAU, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Rakyat di negeri ini digesa agar sentiasa mencontohi Rasulullah SAW dalam perilaku baginda mengekalkan keharmonian antara masyarakat.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata rakyat di negeri ini seharusnya terus menjaga keharmonian pelbagai kaum dan agama di negara ini khususnyaSabah.

“Contohilah Rasulullah SAW dalam segala perilaku dan usaha baginda menjaga hubungan antara umat Islam dan bukan Islam.

Musa semasa menyampaikan ucapan

Musa semasa menyampaikan ucapan

Tegasnya lagi, rakyat perlu sentiasa bersikap positif dan responsif bagi menjayakan pelbagai usaha transformasi yang dilakukan kerajaan bagi memacu kemajuan negara malah negeri ini.

Musa berkata demikian semasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah di padang bandaran, Tawau kelmarin.

Sebanyak 83 kontijen telah menyertai perarakan bersempena sambutan tersebut yang turut dihadiri kira-kira hampir 10 ribu masyarakat di sekitar daerah Tawau.

Seterusnya, Musa bersama-sama para pemimpin kerajaan negeri dan masyarakat berarak dari perkarangan Majlis Perbandaran Tawau menuju ke Padang Bandaran sejauh 1.8 kilometer.

Walaupun hujan yang turut dengan lebat namun tidak mematahkan para kontinjen dan orang ramai yang meraikan sambutan tersebut.

Pekarangan Majlis Perbandaran Tawau yang dipenuhi seawal 6.00 pagi menggambarkan betapa harmoni dan bersemangatnya masyarakat bagi sama-sama menyambut hari memperingati junjungan Nabi Muhammad SAW pada setiap 12 Rabiulawal.

Salah seorang peserta perarakant, Sarwendah Sagi, 25, berkata amat teruja dan bangga melihat orang ramai sama-sama meraikan hari kebesaran umat Islam ini.

“Ini merupakan penyertaan saya pertama kali dalam perarakan sebegini dan gembira melihat masyarakat di daerah ini menyokong penuh majlis ini walaupun dalam keadaan yang hujan,” ujarnya.

Pada majlis sambutan tersebut, Datuk Awang Sahari E.M Nadzeer dan Mardianah Shahrun masing-masing telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul kategori lelaki dan wanita.

Musa (lima dari kanan) bergambar bersama penerima Anugerah Maulidur Rasul dan Anugerah Khas Maulidur Rasul 2017.

Musa (lima dari kanan) bergambar bersama penerima Anugerah Maulidur Rasul dan Anugerah Khas Maulidur Rasul 2017.

Manakala Anugerah Khas Maulidur Rasul dianugerahkan kepada Supritendent Doughlas Nyeging Ak Taong.

Bagi anugerah kontijen teramai dimenangi oleh Kelas Al Quran dan fardhu Ain (KAFA) Tawau yang disertai 2000 ahli.

Sambutan Maulidur Rasul turut diserikan dengan pertandingan sepanduk dengan beberapa kategori. Badan Kebajikan Islam Kementerian Kewangan Sabah telah dinobatkan juara bagi kategori kementerian/kerajaan/swasta).

Persatuan Seni Khat Sabah pula mengungguli bagi kategori pertubuhan, Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak menjuarai bagi kategori sekolah menengah.

Bagi kategori sekolah rendah kebangsaan telah dimenangi oleh Sekolah Al-Ehsan dan Masjid Haji Hisham, Sipitang memenangi kategori masjid.

SF

Tinggalkan komen anda