Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Lebih 300 Penerima Sumbangan Sempena Perayaan Krismas

By 20 Disember 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Lebih 300 penerima terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan  sebanyak RM200 seorang dalam menceriakan lagi Sambutan Hari Natal yang bakal menjelang pada 25 Disember ini.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, sumbangan ini menunjukkan keperihatinan kerajaan kepada golongan yang memerlukan.

Penerima sumbangan sempena Hari Natal di Dewan Seri Bendahara, semalam.

Penerima sumbangan sempena Hari Natal di Dewan Seri Bendahara, semalam.

“Sumbangan ini diberikan dalam meraikan dan menghayati nilai-nilai murni yang telah menjadi budaya kita dalam usaha mengukuhkan perpaduan antara masyarakat berbilang bangsa dan agama.

“Budaya ‘bakar sate’ dalam masyarakat harus dihindari kerana boleh menyebabkan kemarahan dan mencetuskan masalah perpaduan dalam masyarakat di Malaysia dan Melaka hidup dalam konteks masyarakat berbilang kaum, ujar Idris ketika berucap merasmikan majlis di Dewan Seri Bendahara disini, semalam.

Penerima bantuan yang ingin dikenali sebagai Roselyn ,68, berkata bantuan ini akan digunakan untuk membeli keperluan perayaan Hari Krismas supaya keceriaan sambutan lebih meriah.

“Disamping bantuan yang diperolehi ini, saya juga menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 serta bantuan-bantuan sampingan lain dari masa ke semasa,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka (BISTARI), Datuk Fadilah Abdullah dan Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO, Datuk M.S Mahadevan serta ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat.

– SH

Tinggalkan komen anda