Skip to main content
Berita TempatanSabah

‘Abseiling X-Treme Sport’ Atasi Rasa Takut

By 16 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan & Foto: Municca Kiat (Sabah)

LAHAD DATU, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Kelab Rekreasi Star Tawau memperkenalkan ‘Sukan Abseiling X-Treme’ yang pasti memberi kepuasan dan mengatasi perasaan takut terhadap ketinggian.

Peserta sukan berkenaan, Jeslina Thomas, 21, dari Kampung Tabanak, Lahad Datu berkata percubaan pertama kali ini sememangnya banyak mengubah sikapnya daripada takut kepada berani terutama apabila berada pada suatu tahap ketinggian.

Jeslina bersama abangnya yang turut menyertai sukan tersebut.

Jeslina bersama abangnya yang turut menyertai sukan tersebut.

“Saya sebenarnya takut apabila berada pada satu tingkat ketinggian dan penyertaan hadir ke program ini hanya mengikuti abang yang merupakan salah seorang pelatih tetapi atas dorongan saya nekad mencubanya.

“Mulanya dorongan yang diberikan tidak mengubah pendirian tetapi setelah menerima tunjuk ajar terhadap teknik oleh pelatih, saya semakin berani untuk mencuba,” ujarnya.

Katanya lagi, setelah melakukan percubaan pertama kali saya mula merasa suatu keseronokan menyebabkan timbul perasaan ingin mencuba kedua kalinya.

“Saya tidak menafikan sukan ini dapat mengatasi perasaan takut terhadap ketinggian malah menyeronokkan,” tambah Jeslina yang ditemui selepas melakukan mencuba sukan berkenaan di jambatan sungai Edam dekat sini pada Ahad.

Penganjur, Kelab Rekreasi Star Tawau, Ajesman Tangsi berkata program yang dilaksanakan di daerah ini merupakan program kali kedua kelab terbabit dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Komuniti 1Malaysia (K1M) Bandar Lahad Datu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Kementerian Belia dan Sukan.

Penganjuran NBOS ini bertujuan ingin memperkasakan lagi pembangunan belia serta masyarakat melalui aspek mental dan emosi dan meluncur pada suatu tahap ketinggian ini seumpamanya mampu mengubah perasaan tidak yakin kepada yang lebih berkeyakinan dan berjiwa semangat tinggi.

Jeslina bersama pelatih serta penganjur pada program berkenaan.

Jeslina bersama pelatih serta penganjur pada program berkenaan.

“Kami merasa berpuas hati terhadap penganjuran selama dua hari ini di jambatan sungai Edam Lahad Datu pada ketinggian 50 meter yang disertai dalam kalangan belia yang ingin merasa sendiri perasaan melakukan sukan berkenaan.

Katanya lagi, kami berharap agar sukan ini terus mendapat sambutan menggalakkan kalangan belia di daerah ini sebagai suatu aktiviti dalam mengisi masa lapang serta membuktikan bahawa belia hari ini berkemampuan dan berkemahiran terhadap apa-apa juga cabaran yang diberikan.

-SF

 

Tinggalkan komen anda