Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Baik Pulih Kasut, Melukis Buat Sara Hidup

By 25 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Mohd Zulfadli Ab Hamid / Suhaimi Nik Wil (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Setiap manusia yang diciptakan mempunyai kelebihan masing-masing. Adnan Mat Hassan, 55, yang berasal dari Kampung Guchil, Kuala Krai memiliki bakat istimewa membaik pulih kasut dan melukis.

Adnan telah menjalankan perkhidmatan membaik pulih kasut dan melukis ini sejak 20 tahun lalu di premis perniagaannya yang terletak di bandar Kuala Krai yang disewa dari Majlis Daerah Kuala Krai dengan kos RM50 sebulan.

Adnan membaiki kasut pelanggannya di premis perniagaannya, di sini.

Adnan membaiki kasut pelanggannya di premis perniagaannya, di sini.

Antara hasil lukisan Adnan yang dipaparkan di 'galeri' kecilnya.

Antara hasil lukisan Adnan yang dipaparkan di ‘galeri’ kecilnya.

“Saya memulakan perniagaan ini tanpa bantuan modal daripada mana-mana pihak, dan walaupun premis perniagaan saya tidak sebesar mana, namun saya berasa selesa dan tidak bercadang untuk berpindah ke lokasi lain,” ujar bapa tiga orang ini.

Biarpun menerima sekitar RM30-RM70 sehari, Adnan berpuas hati mampu menyara keluarga dengan hasil pendapatan perniagaanya tanpa perlu menyusahkan orang lain.

“Sebagai ketua keluarga, saya perlu bekerja keras dan perlu berdikari dalam meredah kehidupan dan saya sangat selesa dengan kerja yang sedang saya lakukan sekarang,” jelasnya lagi.

Selain membaiki kasut, Adnan turut mengambil upah melukis potret dan karikatur.

“Saya mampu menyiapkan sebuah lukisan dalam masa lima minit dan setiap satunya dijual dengan harga RM10 sahaja,” kata Adnan.

Salah seorang pelanggan yang ditemui, Naizurin Daud, yang sering kali mendapatkan perkhidmatan Adnan berpuas hati dengan hasil kerjanya.

“Samada membaiki kasut atau melukis, hasil kerjanya adalah sangat kemas dan baik.

– SH

Tinggalkan komen anda