Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Dari Bidang Kejuruteraan ke Pekebun Sayur Organik

By 27 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto: Siti Rawaida Mohd Nor (Tanah Merah)
TANAH MERAH, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Nurul Islah Md. Khid, 22, sedikitpun tidak berasa ralat mengusahakan kebun sayur yang terletak di belakang rumah mereka di Kampung Domis, di sini biarpun memiliki kelayakan dalam bidang kejuruteraan elektronik.

Bagi pemegang Diploma Kejuruteraan Perhubungan Elektronik, Jabatan Pendidikan Politeknik ini, idea untuk memulakan projek ini adalah idea ibunya Rokiah Mohd Zawawi, 48, juga seorang suri rumah.

Islah di kebun tanamannya di Kampung Domis, di sini.

Islah di kebun tanamannya di Kampung Domis, di sini.

“Idea ini tercetus mengenangkan harga sayuran yang semakin meningkat di pasaran dan juga melihat kawasan belakang rumah yang agak lapang dan sesuai untuk dijadikan tempat menanam sayur-sayuran,” ujar Islah.

Bermula dengan sekadar memenuhi keperluan keluarga semata-mata, hasil tanaman dua beranak ini sekarang sudah dijadikan salah satu sumber tambahan pendapatan kepada keluarga.

Antara jenis sayuran yang ditanam adalah sawi, timun, dan lobak Jepun diatas tanah berkeluasan 5670 kaki persegi.

“Dengan hasil tanaman yang diusahakan ini, kini saya cuba untuk memasarkan hasil kebun ini kepada penduduk sekitar dan sayuran kami ini juga bebas dari racun serangga yang berbahaya.

“Saya menggunakan teknik khas bagi mengelakan serangan serangga dengan menggantung botol yang diisi kapas dan air, makin banyak serangga maka makin banyak botol yang digantung,” ujarnya.

Anak benih yang baru di semai di kebunnya.

Anak benih yang baru di semai di kebunnya.

Menurut beliau lagi antara cabaran yang di hadapi sebagai pekebun kecil adalah apabila peniaga meminta harga yang sangat murah berbanding harga yang diambil dari pemborong.

“Untuk menghasilkan sayur organik bukanlah mudah, namun saya menganggap ini sebagai cabaran untuk berjaya,” katanya lagi.

Bermodalkan RM1000 untuk membeli benih dan peralatan berkebun, kini Islah mampu memperolehi pendapatan sekitar RM400-500 seminggu bergantung pada keadaan cuaca.

Bagi anak muda ini, beliau berharap agar usaha yang dilakukan bersama-sama ibunya ini dapat dijadikan semangat untuk berjaya terutamanya buat kaum wanita dan turut berharap agar mendapat peluang untuk memperluaskan lagi hasil tanaman beliau ini.

-SH

Tinggalkan komen anda