Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Kerajaan Negeri Johor Iktiraf Sumbangan Usahawan Johor

By 27 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman (Johor Bahru)

 

JOHOR BAHRU, 26 Jan (Malaysiaaktif) – 129 usahawan dari seluruh negeri Johor hadiri Majlis Anugerah Keusahawanan Johor 2017 yang julung kali diadakan di Holiday Villa Johor Bahru pada malam ini.

Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada usahawan dari seluruh negeri Johor dalam pelbagai kategori.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Kerajaan Negeri, akan terus memberi perhatian, menyokong dan dan memberi galakan yang selayaknya untuk semua usahawan Johor, tidak kira yang lama atau yang baharu.

Kerajaan Negeri akan terus menyokong dan memberi galakan yang selayaknya untuk semua usahawan Johor - Khaled Nordin

Kerajaan Negeri akan terus menyokong dan memberi galakan yang selayaknya untuk semua usahawan Johor – Khaled Nordin

Johor adalah antara negeri yang mempunyai agenda keusahawanan yang bukan sahaja lengkap tetapi progresif, inovatif malah agresif, katanya lagi.

Kerajaan Negeri Johor mengakui bahawa usahawan di seluruh Johor mempunyai sumbangan dan peranannya yang tersendiri, khususnya dalam bersama-sama mencorak kejayaan dan masa depan negeri Johor.

Khaled berkata, negeri Johor telah banyak menyaksikan penglibatan golongan usahawan dalam pelbagai kapasiti sejak sekian lama.

Ujarnya, dalam pembentangan Bajet Negeri Johor sejak 4 tahun yang lepas, keusahawanan adalah perkara yang terus menjadi fokus dan agenda besar negeri Johor.

Kita tidak mahu menjadi Kerajaan Negeri yang hanya suka mengumumkan insentif dan inisiatif,. Itu bukan cara saya. Itu bukan cara Johor,” jelas Khaled Nordin.

Lapan kategori Anugerah Keusahawanan Johor telah dipertandingkan iaitu Kategori Mikro Pembuatan, Kategori Mikro Perkhidmatan, Kategori Kecil Pembuatan, Kategori Kecil Perkhidmatan, Kategori Sederhana Pembuatan, Kategori Sederhana Perkhidmatan, Kategori Perniagaan Atas Talian dan Kategori Keusahawanan Belia.

Anugerah Keusahawanan Johor turut mempertandingkan dua kategori khas iaitu Anugerah Khas Menteri Besar Johor dan Anugerah Ikon Johor.

Menurut pemenang Anugerah Mikro Pembuatan, Abdullah Salehoddin, Pengurus Pak Lah Food Industries Sdn. Bhd., Anugerah Keusahawanan Johor ini mampu menjadikan usahawan sepertinya lebih berdaya saing pada masa hadapan.

Pemenang Anugerah Mikro Pembuatan, Abdullah Salehoddin, Pengurus Pak Lah Food Industries Sdn.. Bhd.,

Pemenang Anugerah Mikro Pembuatan, Abdullah Salehoddin, Pengurus Pak Lah Food Industries Sdn. Bhd.

Beliau yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Pak Lah, memulakan perniagaan makanan dengan berniaga di pasar malam dan pada ketika itu, sentiasa mencari peluang untuk memajukan perniagaan dengan mengikuti pelbagai kursus dan bengkel keusahawanan anjuran Kerajaan Negeri Johor.

“Pada peringkat awal perniagaan, kami menghadapi masalah tentang perlesenan dan pada ketika itu yang banyak membantu Pak Lah adalah Yang Berhormat Haji Ismail Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor. Jadi, terima kasih YB Ismail,” jelas Pak Lah yang mensasarkan untuk memperolehi pensijilan MS ISO 2200 untuk syarikatnya pada tahun ini.

IMG-20180127-WA0001

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Ismail Mohamed, Pegawai Kewangan Negeri Johor, A. Rahim Nin dan Pengurus Besar Pusat Pembangunan Usahawan (EDC) Johor, Hahasrin Hashim.

– MRR

Tinggalkan komen anda