Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

ECRL Di Kemaman Lengkapkan Jaringan Kereta Api Semenanjung Malaysia

By 18 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Uraidah Zetti / Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Hampir 1000 orang hadir di Dewan Berlian, di sini siang tadi bagi mendengar taklimat Kereta api Laju Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), perkembangan keretapi Laju yang menelan belanja sebanyak RM55 bilion dan dijangka siap sepenuhnya pada 1 Julai 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Line Sdn. Bhd. Datuk Seri Darwis Abdul Razak, menjelaskan laluan ECRL ini bakal melengkapkan sistem jaringan kereta api Semenanjung Malaysia apabila bakal menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir mendengar taklimat di Dewan Berlian, di sini pagi tadi.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir mendengar taklimat di Dewan Berlian, di sini pagi tadi.

“ECRL ini akan menjadi salah satu mercu utama pembangunan ekonomi sosial negara yang secara langsung memberi manfaat kepada para kontraktor-kontraktor di daerah ini,” ujarnya.

Menurut beliau, kontraktor tempatan akan dilantik untuk menyediakan bahan-bahan mentah pembinaan landasan tersebut.

Seorang pesara guru besar, Khaw Kian Hup, 63, berterima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri khasnya, atas penyediaan kemudahan keretapi laju ini di daerah Kemaman.

“Di samping menyediakan kemudahan pengangkutan yang berteknologi tinggi ini, ia juga dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,” katanya lagi.

Taklimat turut dihadiri Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Air Putih, Wan Abd Hakim Tan Sri Wan Mokhtar.

-SH

Tinggalkan komen anda