Skip to main content
Berita UtaraHomeKedah

Jentera parti diseru bergerak sebagai satu pasukan – Ahmad Bashah

By 21 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh Norhayani Bt Hashim /
Zatul-Iffah Bt Wahab

SUNGAI PETANI, 20 Jan (Malaysiaaktif) – “Saya berharap segala gerak kerja untuk menghadapi pengundi di negeri Kedah sepatutnya telah berjalan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM)”, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berucap dihadapan kira-kira 5000 orang hadir pada Perhimpunan Jentera Barisan Nasional (BN) Kedah yang berlangsung di Kawasan Lapang Taman Ria Jaya pada jam 3 petang semalam.

“Saya berharap seluruh jentera parti sama-sama bergerak serta berjuang sebagai satu pasukan.

IMG-20180120-WA0022
Menurut beliau lagi, seluruh jentera parti di setiap bahagian berada pada tahap paling baik bagi memastikan kemenangan majoriti pada pilihan raya kali ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, Perhimpunan ini amat penting dan sangat bermakna semasa sambutan tahun baru 2018.

“Saya tidak akan memperjudikan nasib rakyat negeri Kedah. Saya adalah cucu Datuk Onn pengasas UMNO dan datang ke kedah untuk membantu rakyat kedah mempertahankan negeri ini”.

Menurut Hishammudin lagi, hujan yang turun dengan lebat semasa perhimpunan itu adalah hujan rahmat dan ia satu petanda yg cukup baik kepada rakyat negeri ini.

“Salah seorang seorang pengunjung dalam perhimpunan tersebut iaitu Nordin bin Hasan berkata belum pernah lagi persiapan menghadapi pilihan raya dibuat oleh BN luar biasa seperti ini.

MRR

Tinggalkan komen anda