Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Permaisuri Johor Cemar Duli Lawat Mangsa Banjir Di Segamat

By 20 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh : Norhasliza Hamzah & Khairul Hadi (Segamat)

SEGAMAT, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli melawat mangsa banjir di dua buah rumah di Kampung (Kg) Seberang Batu Badak, Gemereh di sini pagi tadi.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Johor berupa wang tunai, selain keperluan harian termasuk beras kepada 22 ketua keluarga yang terlibat banjir awal bulan ini dari Kg Seberang Batu Badak, Kg Pogoh Tengah dan Kg Tekam.

Raja Zarith Sofiah berkenan menyampai sumbangan di Kg Batu Badak, Gemereh

Raja Zarith Sofiah berkenan menyampai sumbangan di Kg Batu Badak, Gemereh

Raja Zarith Sofiah beramah mesra dengan mangsa dan meluangkan kira-kira 10 minit di setiap rumah, termasuk bertanya khabar dan pengalaman mereka menghadapi banjir kali ini serta melihat kesan banjir di kampung ini.

Diikuti dengan lawatan Baginda ke Balairaya Kg Kuala Paya, Buloh Kasap bagi majlis yang sama, penyampaian sumbangan mangsa terjejas banjir kepada 13 ketua keluarga dari Kg Kuala Paya, Kg Mensudut Lama dan Kg Balai Badang.

Sebelum berangkat pulang, Baginda sempat melawat kanak-kanak sakit jantung di Kg Kuala Paya, di sini.

Baginda diiringi Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh dan Datin Noor Azizah Abdul Latiff, isteri kepada Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

– MRR

 

Tinggalkan komen anda