Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pesta Kalimaran Pamer Keunikan Adat Kaum Murut

By 31 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & foto: Mohd Hafiz Mat Nor (Sabah)

TENOM, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Dianggarkan lebih 1000 masyarakat di daerah ini memeriahkan Pesta Kalimaran yang diadakan di Dewan OKK Sanggau pada Sabtu.

Pesta yang dianggap sebagai Pesta Budaya dan Adat Resam bagi Suku Kaum Murut turut dianggap sebagai lambang perpaduan dan ikatan ke arah mengekalkan adat resam suku kaum berkenaan.

Raden Malleh melakukan Mantura sebagai simbolik perasmian pesta tersebut.

Raden Malleh melakukan Mantura sebagai simbolik perasmian pesta tersebut.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Radin Malleh berkata, pesta ini memberi peluang kepada masyarakat kaum Murut membuat perancangan awal dan menetapkan matlamat-matlamat yang ingin dicapai dalam memperkasakan kebudayaan dan kemajuan masyarakat Murut.

“Penganjuran pesta ini seharusnya menjadi saluran bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan semangat kekitaan dalam kalangan suku kaum Murut di negeri ini.

“Penganjuran pesta ini juga mampu meningkatkan lagi kesedaran khususnya generasi muda Murut tentang kepentingan mengetahui dan memelihara adat resam dan kebudayaan mereka,” katanya semasa merasmikan Pesta Kalimaran Peringkat Melalap

Katanya lagi, adat resam dan kebudayaan termasuklah bertutur bahasa ibunda itu ialah jiwa dan identiti kita sebagai suku kaum Murut dan harus diketahui dipelajari serta diamalkan agar tidak luput ditelan zaman.

Sherlyn Jane dari Kampung Entabuan dinobat sebagai juara Ralaa Kalimaran 2018.

Sherlyn Jane dari Kampung Entabuan dinobat sebagai juara Ralaa Kalimaran 2018.

“Salah satu cara memelihara dan memperkasakan adat resam dan kebudayaan ini ialah melalui pendokumentasian dan penerbitan adat resam serta kebudayaan untuk tatapan dan rujukan orang ramai khususnya generasi masa hadapan,” tambahnya lagi.

Pelbagai acara menarik dijalankan semasa Pesta berkenaan antaranya demonstrasi makibombong (asah gigi), pertandingan menyumpit, makan tradisi, ralaa kalimaran dan pertandingan sukan rakyat.

SF

Tinggalkan komen anda