Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

RM1 Bilion Diluluskan Fasa Pertama Grid Air di Sarawak

By 23 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri meluluskan peruntukkan sebanyak RM1 bilion untuk memperbaiki sistem bekalan air khususnya di luar bandar dengan menggunakan pendekatan baharu iaitu grid air negeri.

Grid ini akan menyalurkan sumber air dari empangan terus ke perkampungan dan rumah panjang di kawasan luar bandar.

Abang Johari rasmi mesyuarat Perwakilan Tri-Tahunan Cawangan Parti PBB Zon 2 di Dewan Suarah, Kota Samarahan.

Abang Johari rasmi mesyuarat Perwakilan Tri-Tahunan Cawangan Parti PBB Zon 2 di Dewan Suarah, Kota Samarahan.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menjelaskan bagi fasa pertama grid air ini menyalurkan sumber air bersih dari Empangan Batang Air terus ke semua bahagian di negeri Sarawak termasuklah Bahagian Samarahan hingga ke Tanjung Manis dan seterusnya hingga ke utara negeri ini.

“Grid tersebut bukan sahaja untuk kegunaan harian penduduk malah ia juga untuk kegunaan pertanian dan sebagainya.

“Dengan adanya grid air ini, banyak kegunaannya untuk pertanian. Contohnya, air digunakan untuk kaedah fertigasi yang memerlukan sumber air yang mencukupi serta konsisten untuk menghasilkan keluaran pertanian yang lumayan demi meningkatkan pendapatan petani,” jelasnya.

Sementara itu, Abang Johari turut memberi tumpuan kepada bangunan sekolah dan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang perlu diutamakan kerana masih banyak sekolah usang terdapat di seluruh negeri ini.

“Kita utamakan sekolah untuk keselesaan anak-anak kita dalam menimba ilmu pelajaran dan anak inilah adalah sebagai aset kita pada masa akan datang. Ini juga untuk keselesaan kepada guru yang mengajar di sekolah tersebut,” jelasnya lagi.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip.

-SH

Tinggalkan komen anda