Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Veteran Tentera Sambut Baik Inisiatif Perkasa Perkhidmatan Kesihatan

By 19 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

SUNGAI UDANG, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan sentiasa meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan untuk warga Angkatan tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan warga ATM mendapat kemudahan setaraf seperti hospital swasta dan hospital pakar.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih banyak klinik dan poliklinik akan dibina di lima buah hospital kem tentera iaitu 94 Kem Terendak, 95 Kem Wangsa Maju, 96 Kem (TLDM) Lumut, 97 Kem Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu dan 98 Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Hishamuddin (dua dari kanan) ditemani Subramaniam (tiga dari kanan) ketika menghadiri majlis 'blueprint' Transformasi Perkhidmatan Kesihatan Tentera, di sini, semalam.

Hishamuddin (dua dari kanan) ditemani Subramaniam (tiga dari kanan) ketika menghadiri majlis ‘blueprint’ Transformasi
Perkhidmatan Kesihatan Tentera, di sini, semalam.

“94 Hospital Angkatan Tentera Terendak akan dinaik taraf memandangkan infrastruktur serta sistem asas mekanikal dan elektrikal sedia ada tidak lagi dapat menampung keperluan sesebuah hospital.

“Antara pembaharuan yang akan dilaksanakan, sebuah bangunan tambahan yang akan menempatkan jabatan kecemasan, kompleks dewan bedah, unit rawatan rapi dan wad baharu berkapasiti 100 katil akan dibina,” ujarnya.

Veteran Tentera, Borhan Maaras, 62, ketika ditemui bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Hishammuddin memandangkan 90 perastus veteran tentera berada dibawah paras pendapatan serderahana.

“Oleh demikian sewajarnya kerajaan melaksanakan inisiatif perkasa perkhidmatan kesihatan ATM terutama kepada kami veteran sebagai mengenang jasa veteran ATM.

“Cadangan pembinaan hospital khas untuk warga veteran ATM dan pusat hemodialisis untuk pesakit buah pinggang amat baik kerana kita sedia maklum kekakangan para veteran untuk yang telah berusia dan kurang sihat memerlukan perkhidmatan kesihatan yang cepat dan selesa,” katanya.

Manakala bagi Ideris Yunos, 59, kerajaan sentiasa melihat kepentingan warga ATM sejak beliau menyertainya pada tahun 1976.

“Dengan kemudahan kesihatan yang bakal dinaik taraf sudah pasti warga ATM lebih-lebih lagi kepada veteran bersyukur dengan nikmat ini,” jelas Ideris.

Turut sama dalam majlis tersebut, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Ya’akop Koming.

– SH

Tinggalkan komen anda