Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Jalan Persekutuan FT006 Teluk Kumbar-LTAPP Jimatkan Masa

By 27 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Azimee Abdullah (Pulau Pinang)

BAYAN LEPAS, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Jalan Persekutuan FT006 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang selesai dinaik taraf dengan empat lorong dijangka mampu menyelesaikan masalah kesesakan trafik sepanjang waktu puncak dan memendekkan jarak tempoh perjalanan.

Perlaksanaan projek ini melibatkan kos pembinaan berjumlah RM207.7 juta dengan jarak 3.0 kilometer dari Kampung Sungai Batu hingga ke Sungai Tiram, di sini.

WhatsApp Image 2018-02-27 at 09.42.24 (2)

Projek yang diluluskan dibawah Rancangan Malaysia Kesepuluh ini adalah kesinambungan kepada Pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim yang telah mula beroperasi.

Skop pembinaan projek ini meliputi kerja pelebaran jalan daripada dua lorong kepada empat lorong yang bertujuan untuk menampung peningkatan jumlah kenderaan dan kegiatan ekonomi di kawasan Bayan Lepas hingga ke Teluk Kumbar.

WhatsApp Image 2018-02-27 at 09.42.24 (1)

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang hadir untuk merasmikan pembukaan jalan ini semalam, mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kontraktor Image Facade Contruction Sdn Bhd serta semua agensi terlibat dapat menyiapkan projek ini dalam tempoh yang dijadualkan.

Pembinaan projek yang bermula pada 17 Februari 2014 ini berjaya disiapkan mengikut jadual pada 23 Disember 2017.

WhatsApp Image 2018-02-27 at 09.42.24 (4)

Tambah Zainal, antara projek lain kerajaan persekutuan di Pulau Pinang yang telah siap adalah pembinaan Masjid di Penaga yang telah dirasmikan dua minggu lalu serta pembinaan Masjid Kubang Ulu yang bakal dirasmikan pada minggu hadapan.

– AH

Tinggalkan komen anda