Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Masa Depan Negara Pada Landasan Terbaik – Najib

By 26 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Noorshazana Shaadan & Mohd Khairulnizam Mohd Yunus

PORT DICKSON, 26 Feb (Malaysiaaktif) – “Sebagai sebuah kerajaan, inilah yang kita telah lakukan. Apa yang kita lakukan? Meletakkan negara ini pada asas yang semakin kukuh dan boleh membawa ke arah masa depan yang diimpikan rakyat,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Kompleks Daerah dan Tanah Port Dickson, di sini, hari ini.

Najib turut optimis Barisan Nasional akan dapat merampas Teluk Kemang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Najib turut optimis Barisan Nasional akan dapat merampas Teluk Kemang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Najib menyatakan, negara telah menandatangani kerjasama antarabangsa melalui Kumpulan NAZA dengan syarikat automotif PSA dari Perancis.

“PSA yang merupakan pemilik jenama Peugeot memilih Gurun, Kedah sebagai tapak di rantau ASEAN mengeluarkan kereta bagi pasaran Asia.

“Mereka memilih Malaysia kerana yakin dengan dasar-dasar kerajaan. Selain PSA, syarikat SK dari Korea Selatan turut memilih Malaysia sebagai tapak rantau Asia, Timur Tengah dan India,” katanya lagi.

Najib turut menjelaskan Malaysian Vision Valley (MVV) yang bakal dibangunkan merupakan satu cadangan yang amat baik dan telah diluluskan oleh kerajaan.

“Apabila projek ini siap sepenuhnya, MVV akan mencapai nilai pelaburan sebanyak RM295 billion dan menawarkan sejumlah 1 juta pekerjaan.

“Keseluruhan negeri ini akan menjadi lebih pesat. Saya pesan dengan Tok Mat (Mohammad Hassan) untuk terus membuat lebih banyak Rumah Mampu Milik di Negeri Sembilan ini, ujarnya lagi.

Najib turut menerima sokongan padu daripada jentera MIC sempena PRU akan datang ini.

Najib turut menerima sokongan padu daripada jentera MIC sempena PRU akan datang ini.

Sementara itu, Najib turut optimis Barisan Nasional akan dapat merampas Teluk Kemang dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Beliau turut melahirkan keyakinan untuk memperoleh dan menambah tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, Surach Nair, berkata beliau percaya semua pengundi di Teluk Kemang sudah sedar bahawa mereka memerlukan Barisan Nasional demi kesejahteraan hidup mereka.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hassan pada majlis yang dihadiri
hampir 15,000 pengunjung bagi mendekati pemimpin nombor satu negara ini.

-SH

Tinggalkan komen anda