Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

Kenduri Rakyat Lenggong Pendekatan Baik Sentuhan Rakyat

By 15 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan & foto oleh: Muhammad Amizan Lokman/Suzira Zainol Abidin

 

LENGGONG, 15 FeB (Malaysiaaktif) – Seperti di banyak tempat lain sejak berzaman, majlis kenduri merupakan antara kemuncak kemeriahan bagi masyarakat di daerah Lenggong.

Majlis kenduri memberikan peluang kepada penduduk untuk berkumpul dan bertukar-tukar cerita, selain bertanyakan khabar secara bersemuka dalam suasana yang gembira.

Memandangkan keberkesanan majlis seperti itu maka hari ini diadakan Kenduri Rakyat di Dewan Orang Ramai Kampung Tawai berhampiran Gerik.

Majlis yang merupakan antara inisiatif sentuhan rakyat oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah itu turut menyaksikan penyampaian bantuan kepada beberapa orang penduduk di kawasan berkenaan.

49bbba3f-05e7-451d-8e11-7c2599a9e900

Antara penerima sumbangan bantuan barangan asas termasuk, Abdullah Rahman, 50 yang berterima kasih kerana ada pihak yang sudi membantu untuk meringankan beban kehidupannya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Kahiri, 36, pula menyarankan supaya inisiatif tersebut diteruskan agar dapat membantu golongan yang memerlukan.

Sementara itu, dalam ucapannya Shamsul Anuar berkata program seperti itu akan diteruskan di semua zon dalam kawasan Parlimen Lenggong.

Menurut beliau, ini kerana ia mampu mendekatkan pemimpin dengan masyarakat dan seterusnya membantu mereka.

Pada majlis itu, Shamsul Anuar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi kerja-kerja mengubahsuai Masjid Kampung Tawai.

Sempena majlis tersebut, turut diadakan gotong royong dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) untuk pelajar-pelajar setempat.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda