
LAPORAN & FOTO : Umar Yusof (Sabah)
SEMPORNA, SABAH, 15 Feb. (Malaysiaaktif) – Penggunaan gajet dan aplikasi dalam media sosial menjadi strategi utama Pemuda UMNO Semporna mendekati golongan pengundi muda di daerah berkenaan.
Naib Pergerakan Pemuda UMNO Semporna, Ahmad Marzuki Datuk Seri Nasir Sakaran berkata melalui penggunaan strategi aplikasi media sosial di gajet mobile mampu menarik sokongan golongan muda di semporna terhadap perjuangan parti tersebut.
“Kita yakin dengan strategi tersebut ia lebih muda dekati pengundi muda apabila menyedari golongan terbabit adalah penentu kejayaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan diadakan bila-bila masa.
“Mendekati golongan terbabit perlu ditentukan bukan sahaja melalui sentuhan peribadi secara fizikal malah turut perlu menggunakan media sosial,” ujarnya.
Tambahnya lagi, kita sedar bahawa pembangkang agresif menjelajah ke seluruh Sabah mendekati pengundi secara menyeluruh semua lapisan peringkat umur, namun kepimpinan Pemuda UMNO Semporna lebih bersedia berjuang tanpa kenal putus asa.
“Pemuda UMNO Semporna tidak pernah berhenti berusaha menarik pengundi muda dan sentiasa melaksanakan pelbagai cara serta aktiviti untuk menarik minat golongan terbabit menyertai pergerakan terbabit
”Justeru, adalah menjadi tanggungjawab Pemuda UMNO Semporna sebagai sayap mewakili orang muda untuk melaksanakan program mendekati mereka secara lebih efektif terutama bagi membetulkan tanggapan salah terhadap barisan nasional.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pertandingan Mobile Legends Daerah Semporna di Balai Seni Inabah Kamal, Semporna pada selasa.
Tambahnya, pergerakan terbabit turut akan terus menggalakkan para belia di daerah berkenaan untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat undi masing-masing di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan mereka dapat mengundi pada PRU nanti.
”Paling penting menangani masalah pengundi atas pagar adalah melalui gerak saraf pada musim pilihan raya nanti.
“Pengundi muda hari ini dilihat lebih gemar mengutamakan aspek hidup iaitu ingin kerjaya tapi tiada yang lebih mengambil berat soal politik, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pergerakan pemuda UMNO untuk melipat kali ganda memberi penjelasan betapa pentingnya mengundi.
Jelasnya lagi, sebagai permulaan kami mengadakan Pertandingan Mobile Legends ini sebagai salah satu cara mendekati golongan terbabit.
“Dan impak dari pelaksanaan program ini kami berjaya menerima penyertaan seramai 32 pasukan dari Semporna, Tawau, Kunak dan Lahad Datu di mana setiap pasukan perlu mempunyai lima pemain pada pertandingan tersebut.
“Selain itu, penganjuran ini turut dapat mengelakkan golongan belia atau generasi muda terjebak melakukan perkara tidak sihat dan dalam masa yang sama dapat mencungkil bakat mereka terhadap pengendalian tempur alam maya.
“Atas sambutan yang menggalakkan terhadap penganjuran julung kalinya ini, kami bercadang akan mengadakannya lagi di masa tertentu agar kami boleh terus mendekati lebih ramai lagi belia dimasa akan datang.
Hadir sama Pemangku Ketua UMNO bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.
-MRR