Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Tahun Baru Cina Pupuk Nilai Setia Kawan Dan Kebersamaan

By 14 Februari 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

LAPORAN & FOTO : Mohd Hafiz Mat Nor (Sabah)

 

TENOM, SABAH, 13 Feb. (Malaysiaaktif) – Sambutan Tahun Baru Cina 2018 ini sewajarnya disambut dengan penuh nilai setia kawan dan kebersamaan antara kaum sebagai usaha menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Sebagai salah satu kaum yang terdapat di Malaysia sokongan dan penglibatan masyarakat Cina amat penting bagi menjayakan agenda dan program pembangunan kerajaan seperti program TN50 di negeri ini.

Radin (tengah) bergambar bersama para pemimpin masyarakat cina sebelum melakukan simbolik perasmian dengan menyalakan mercun pada majlis tersebut

Radin (tengah) bergambar bersama para pemimpin masyarakat cina sebelum melakukan simbolik perasmian dengan menyalakan mercun pada majlis tersebut

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Panglima Raden Malleh berkata, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman masyarakat cina dalam bidang profesional, perniagaan dan ekonomi adalah suatu nilai penting dalam membantu mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

“Kekuatan kemahiran ini seharusnya dikongsi bersama masyarakat lain di negeri ini bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program transformasi nasional negara mampu tercapai hasil keharmonian yang lahir melalui sambutan tahun baru Cina tahun ini.

Radin ketika menyampaikan ucapan merasmikan majlis berkenaan

Radin ketika menyampaikan ucapan merasmikan majlis berkenaan

“Melihat pentingnya keharmonian terus wujud, kerajaan turut melantik kalangan pemimpin masyarakat berkenaan untuk bersama dalam pentadbiran negara seperti pelantikan dalam sektor perkhidmatan awam, kapitan, ahli majlis daerah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pelbagai agensi lain.

Katanya lagi,  semasa merasmikan sambutan perayaan Tarian Naga, Singa dan Unicorn di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom pada ahad.

Antara Kostum Singah LED yang menarik perhatian pengunjung pada majlis tersebut

Antara Kostum Singah LED yang menarik perhatian pengunjung pada majlis tersebut

Tambahnya, perlantikan berkenaan membuktikan bahawa kerajaan mengutamakan kebersamaan antara semua kaum serta mengiktiraf terhadap peranan dan sumbangan masyarakat Cina dalam proses pembangunan negara ini.

Jelasnya lagi, seluruh masyarakat di negeri ini bebas mengamalkan adat resam, perayaan dan kepercayaan masing-masing dan melalui pengamalan ini kita mampu hidup dalam suasana majmuk saling berkerjasama membangunkan negeri ini khususnya.

“Seperti penganjuran perayaan pada malam ini, kerajaan sentiasa menyokong pelaksanaan aktiviti-aktiviti sosial kemasyarakatan seperti ini dan juga program-program kebudayaan lain,” ujarnya.

Radin turut menyaksikan penyerahan cek sumbangan kepada persatuan Talasemia daerah Tenom

Radin turut menyaksikan penyerahan cek sumbangan kepada persatuan Talasemia daerah Tenom

Luahnya lagi, ini kerana penganjuran program tersebut mampu menjadi saluran memupuk perpaduan serta mengeratkan lagi hubungan rakyat berbilang kaum di Sabah khususnya di Daerah Tenom.

“Malam ini contohnya, kita dapat melihat anak-anak muda terlibat dalam persembahan tarian Singa, Naga dan Unicorn yang dijayakan oleh berbilang kaum bukan hanya dari kalangan anak-anak muda kaum cina malah pelbagai bangsa.

Persembahan Tarian singah yang berjaya memukau para pengunjung yang hadir di majlis berkenaan

Persembahan Tarian singah yang berjaya memukau para pengunjung yang hadir di majlis berkenaan

“Suasana harmoni ini harus dipertahankan oleh setiap lapisan masyarakat demi kesejahteraan hidup kita bersama di negeri Sabah khususnya di Daerah Tenom,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Kapitan Chew Pee Aw  ketika ditemui berkata matlamat penganjuran Perayaan Tarian Naga, Singa dan Unicorn ini adalah untuk bersama berkongsi keunikan kebudayaan masyarakat kaum Cina di daerah ini.

“Selain mengeratkan nilai setia kawan ia turut menjalinkan hubungan antara kaum di daerah ini.

“Sambutan Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang istimewa kerana pada perayaan ini setiap ahli keluarga akan kembali berkumpul bagi menikmati suasana kekeluargaan serta sebagai tanda menghormati ahli keluarga yang lebih tua.

“Oleh itu, keistimewaan tersebut ingin kami kongsikan bersama semua masyarakat di daerah ini agar ia turut mampu memupuk kesefahaman bersama masyarakat di sini,” jelasnya.

Antara persembahan tarian naga yang di pertontonkan kepada para pengunjung

Antara persembahan tarian naga yang di pertontonkan kepada para pengunjung

Dianggarkan seramai 1000 masyarakat dari pelbagai kaum hadir dalam sambutan tersebut dan turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi, Ahli Dewan Undangan Negeri N.36 Kemabong, Datuk Rubin balang serta Ahli Dewan Negara Senator Datuk Dr Lucas Umbol.

  • MRR

Tinggalkan komen anda