Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Rakyat Sarawak Bakal Nikmati Rumah Mampu Milik

By 14 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Aishah Latip & Chua Sim Choon (Sarawak)

KUCHING, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Rakyat Sarawak bakal memiliki rumah mampu milik apabila Sarawak dijangka melancarkan pelan induk perancangan perumahan dalam tempoh enam bulan akan datang, di mana pelan induk perancangan perumahan ini bakal menyediakan kediaman mampu milik berharga di antara RM250,000 hingga RM300,000 seunit.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, berkata inisiatif berkenaan adalah perlu demi memastikan harga rumah di negeri ini mencapai tanda harga yang berpatutan dan tidak melampau sehingga menyusahkan rakyat Sarawak memiliki kediaman masing-masing.

Abang Johari (tengah) menerima plak cenderamata selepas penyempurnaan majlisdi sini, semalam.

Abang Johari (tengah) menerima plak cenderamata selepas penyempurnaan majlisdi sini, semalam.

“Dalam pelan induk terbabit, kediaman berharga RM250,000 hingga RM300,000 itu perlu mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi dan tiga bilik.

“Kerajaan negeri akan mengambil alih semua pembinaan rumah kos rendah, manakala pemaju perumahan swasta menumpukan kepada pembinaan rumah sederhana dan mewah,” katanya selepas melancarkan Produk Kewangan Islam dari Borneo Housing Mortgage Finance Berhad, di sini semalam.

Abang Johari turut menjelaskan pelan berkenaan juga akan digabungkan bersama-sama perancangan membina jajaran laluan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), yang dijangka menyumbang kepada pembukaan kawasan baharu dengan pemilik kediaman mampu sampai ke kawasan pusat bandar dalam tempoh 30 minit.

Turut hadir Menteri Muda Pembangunan Usahawan, Datuk Naroden Majais, dan Pengerusi Borbeo Housing Mortgage Finance Berhad, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain.

– SH

 

Tinggalkan komen anda