Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

300 Penerima Terima Zakat Dari BDB

By 26 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan dan foto oleh Hasmah Hanafi dan Mohamad Imran Mohd Sedi

 

BANDAR BAHARU, 25 Mac (Malaysiaaktif)-Seramai 300 orang penerima zakat di Daerah Bandar Baharu masing-masing menerima RM250 setiap seorang melalui pemberian zakat dari Syarikat Bina Darul Aman Berhad ( BDB ) di sini hari ini. Peruntukan yang diagihkan BDB sebanyak RM75 Ribu.

Majlis penyerahan sumbangan zakat tersebut telah diadakan di Perkarangan Masjid Kampung Permatang Kerat Telunjuk dan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bandar Baharu Datuk Nor Sabrina Mohd Noor.

ADUN Bandar Baharu Datuk Nor Sabrina mengagihka zakat kepada penerima

ADUN Bandar Baharu Datuk Nor Sabrina mengagihka zakat kepada penerima

Dalam ucapannya, Nor Sabrina berterima kasih kepada BDB kerana syarikat ini sering membantu dan memberi sumbangan kepada penduduk di sini dan ini membuktikan masih ramai lagi penduduk yang layak menerima sumbangan zakat.

IMG-20180326-WA0011

Menurutnya lagi “pemberian sumbagan zakat hari ini adalah ilham dan cadangan bersama-sama dengan Bekas Pengarah Urusan BDB, allahyarham Datuk Izham Yusuf , yang meninggal dunia pada 12 Mac 2018 yang lalu. Nama-nama penerima zakat ini dipilih melalui JKKK setiap kampung.

IMG-20180326-WA00098

Ini merupakan kali ketiga sumbangan zakat yang BDB agihkan bagi tahun ini.

Bertepatan dengan penyerahan zakat oleh BDB hari ini, dalam ucapannya juga Nor Sabrina sempat mengingatkan semua yang hadir tentang perlunya amalan muafakat antara pemimpin dan rakyat.

Kerjasama yang padu antara kedua-duanya akan lebih memakmurkan daerah seterusnya negara kita.

Beliau menyeru agar penduduk Bandar Baharu bersama-sama membantu dan amalkan konsep muafakat.

IMG-20180326-WA0010

Roziah Shafie, 69, berpendapat sumbangan zakat yang diterimanya ini amat bermakna baginya untuk menampung perbelanjaan harian.

Roziah shafie tudung hijau salah seorang penerima zakat

Roziah shafie tudung hijau salah seorang penerima zakat

Ianya dapat meringgankan beban membeli barangan dapur, katanya.

Pendapatnya itu turut disokong oleh sahabat beliau iaitu Siti Hajar Ain, 80, beliau bersyukur kerana ada pihak yang prihatin kepada warga emas seperti dirinya dan akan menggunakan wang zakat tersebut sebaik mungkin.

Pada sebelah pagi BDB telah menjalankan tanggungjawab sosialnya membersihkan kawasan perkuburan di Masjid Kuala Selama bersama-sama dengan masyarakat setempat di situ.

Turut hadir adalah wakil dari BDB iaitu Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB Sajahan Abd. Waheed dan Ketua Urusan Kewangan Kumpulanb BDB, Aswad Abu Bakar.

– MRR

Tinggalkan komen anda