Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Bandar Baharu, Kedah

By 26 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh : Anita Omar

 

BANDAR BAHARU, 25 Mac (Malaysiaaktif) – “‘Bagaikan aur dengan tebing’, itulah perumpamaan paling sesuai menggambarkan hubungan PDRM dengan anggota masyarakat dalam usaha mencegah kadar jenayah,”.

Ini ungkapan ketua Polis Daerah Bandar Baharu, DSP Barudin Wariso ketika membacakan perutusan Ketua Polis Negara sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Peringkat Daerah Bandar Baharu.

Majlis tersebut diadakan di perkarangan IPD Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah hari ini.

“Menjadi tanggungjawab masyarakat untuk berhubung rapat dengan anggota polis bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang tidak diingini dapat dibanteras dari awal,” ujarnya lagi.

IMG-20180326-WA0003

Beliau turut berkata, Bandar Baharu masih dianggap sebagai daerah yang selamat untuk didiami dan seharusnya semua pihak tidak terlalu selesa dengan keadaan itu.

Mesyarakat juga perlu sentiasa menyalurkan maklumat kepada PDRM supaya usaha untuk mewujudkan Kepolisian Bertaraf Dunia. (world class policing) menjelang tahun 2020 menjadi realiti, ujarnya lagi.

Majlis ini juga turut menyaksikan acara penyampaian surat penghargaan ketua polis kepada orang awam yang berjasa kepada masyarakat.

Salah seorang penerima anugerah, Abdul Razak Hamid berkata, “sebagai seorang pemimpin masyarakat, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyalurkan maklumat membantu pihak polis serta mencegah sebarang kelakuan jenayah.

Abdul Razak Hamid bersama Surat Penghargaan yang diterimanya daripada Ketua Polis Bandar Baharu

Abdul Razak Hamid bersama Surat Penghargaan yang diterimanya daripada Ketua Polis Bandar Baharu

Penghargaan ini menggalakkan lagi saya untuk terus berbakti kepada masyarakat,” ujarnya dengan penuh semangat.

Majlis ini turut dihadiri oleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor, parti komponen Barisan Nasional, ketua- ketua jabatan, pemimpin-pemimpin masyarakat serta pasukan kadet polis sekolah sekitar Bandar Baharu.

– MRR

Tinggalkan komen anda