
Laporan oleh: Zuraidah Ahmad / Foto: Mohd Nasrie Tapisil
Kota Kinabalu, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Warga Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) perlu memperkasa kerja berpasukan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Selain itu, golongan barisan hadapan berkenaan juga digesa agar mengekalkan tahap integriti serta sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan demi kelangsungan tugas yang kian mencabar.

Ibrahim (tengah) bersama Swady (dua dari kanan), Azman (kanan), Mohamad (kiri) dan Fauzrina (dua dari kiri).
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman menyatakan amanat tersebut pada Majlis Perhimpunan Pagi jabatan itu di sini, pada Sabtu dan dihadiri kira-kira 350 pegawai dan anggota termasuk Pegawai-pegawai Perhubungan Awam di Sabah bersama Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling.
Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan Anugerah Penulis Aktif Peringkat Negeri kepada Mohamad Abdul Rahman, Anugerah Penulis Terbaik Peringkat Kebangsaan kepada Fauzrina Bulka dan Asmidar Zainol serta Anugerah Jurufoto Terbaik Malaysia Aktif 2017 Peringkat Negeri kepada Azman Jumat.
Ibrahim juga menyerahkan sumbangan dari anggota Japen Sabah untuk diserahkan kepada isteri mantan Pegawai Penerangan Bahagian Tawau, Allahyarham Mohd Kaya Iggoh yang meninggal dunia baru-baru ini.
-MRR