Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Jururawat Perlu Komited, Dinamik Bina Keyakinan Masyarakat

By 5 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto: Zaidi Jamin(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Jururawat yang komited dan dinamik dalam melaksankan tugas seiring dengan protokol perubatan semasa, sudah pasti mendapat sanjungan dan kepercayaan di mana juga mereka ditempatkan.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Heric Corray berkata, profesion kejururawatan adalah kerjaya yang mulia, penuh dengan semangat kesabaran, dedikasi, sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pesakit.

F2

Sehubungan itu setiap jururawat adalah dituntut agar sentiasa komited dan dinamik kerana keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan hospital dinilai melalui pelbagai sudut terutama profesion kejururawatan.

Tambahnya, sambutan hari kejururawatan sedunia yang diraikan setiap tahun perlu dijadikan asas kepada setiap jururawat agar terus cekal dalam menyalurkan perkhidmatan berkualiti dan komprehensif.

Matron Chua

Matron Chua

Sementara itu, Ketua Penyelia Jururawat hospital, Matron Chua Wui Lang@ Morna mengingatkan para jururawat agar terus menjaga keterampilan diri dan sahsiah serta sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dalam bidang komunikasi.

“Kemahiran berkomunikasi bukan sekadar kemahiran jururawat menyampaikan maklumat atau memujuk pesakit sebaliknya kemahiran berkomunikasi meliputi kebolehan jururawat menjadi pendengar yang baik kepada semua pesakit,”ujar Morna.

F4

Lebih 500 kalangan jururawat perubatan pelbagai gred hadir menyerikan majlis sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang diadakan bertempat Auditorium, Menara Berkembar HQE pada khamis.

Majlis sambutan turut menyaksikan upacara lafaz Ikrar seluruh jururawat HQE dipimpin oleh Matron Chua Wui Lang@ Morna disertai dengan persembahan koir dan upacara memotong kek.

Hadir pada majlis Timbalan Pengarah Klinikal I dan II, Dr. Yogendran A/L Panchalingam dan Dr. Irene Chau serta Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan, Jasnawati Binti Jasmin.

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda