Skip to main content
Berita TempatanHomePerakViral

Pakatan Harapan Perak Mohon Perkenan Menghadap Sultan

By 10 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan
Pengerusi Pakatan Harapan Perak Ahmad Faizal Azumu bersama Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming ketika sidang media khas Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 hari ini.

 

IPOH, 10 Mei ‚ÄĒ Pengerusi¬†Pakatan Harapan (PH) Perak¬†Ahmad¬†Faizal¬† Azumu¬†berkata¬†PH akan¬†memohon¬† menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari¬†ini bagi¬†mendapatkan¬†sembah¬†nasihat¬†mengenai¬†penubuhan¬†kerajaan negeri¬†selepas¬†¬†Pakatan¬†memenangi¬†kerusi¬†Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak di Perak.

Pakatan menerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 29 kerusi DUN, manakala Barisan Nasional (BN) 27 kerusi dan PAS tiga kerusi, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Lokasi pertemuan itu akan dimaklumkan kemudian, katanya.

‚ÄúKita akan dapatkan perkenan Sultan Perak untuk¬†menghadap, dan seterusnya mendapat¬†sembah¬†nasihat dan perkenan¬†untuk¬†menubuhkan kerajaan negeri,‚ÄĚ katanya pada sidang media khas di sini awal pagi ini.

Ketika ditanya bagaimana¬†PH akan membentuk kerajaan negeri sedangkan¬†ia tidak mendapat majoriti¬†mudah, Ahmad Faizal berkata :”Perkara itu belum difikirkan.

‚ÄúIni¬†akan dimaklumkan¬†apabila¬†kami diterima menghadap Sultan Perak, kami¬†akan maklumkan”, katanya.

Ahmad Faizal juga mengharapkan peralihan kuasa daripada BN kepada PH akan dibuat secara berhemah dan segera bagi menjaga keharmonian Perak, jika PH berjaya membentuk kerajaan negeri.

Sementara itu,  beliau  berkata PH berterima kasih kepada rakyat Perak kerana memberi mandat kepada pakatan pada  PRU14, yang disifatkannya sebagai peristiwa yang sangat  bererti.

‚ÄúUsaha kami telah berjaya untuk mendapatkan mandat daripada rakyat dan menerima kami. Amanah ini perlu kami pikul sebaik mungkin,‚ÄĚ katanya.

 

Tinggalkan komen anda