Skip to main content
Berita TempatanHome

Tun Mahathir Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Hari Ini

By 10 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

PETALING JAYA, 10 Mei  — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perdana menteri  Pakatan Harapan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini susulan kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Rabu.

Dalam sidang media yang penuh sesak pada kira-kira 3 pagi di sini, Dr Mahathir yang juga pengerusi  Pakatan Harapan bagaimanapun tidak menyatakan pada pukul berapa upacara angkat sumpah itu akan diadakan.

Dr Mahathir berkata selepas upacara angkat sumpah itu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan semua empat presiden parti komponen Pakatan Harapan untuk membincangkan barisan Kabinet yang baharu.

Beliau turut mengumumkan Khamis dan Jumaat sebagai uti umum seperti dijanjikan oleh Pakatan Harapan sebelum PRU14.

“Saya telah mengarahkan ketua setiausaha negara untuk mengumumkan Khamis dan sehari selepas itu sebagai cuti umum,” kata Dr Mahathir dengan disambut sorakan oleh hadirin.???

Dr Mahathir berkata Istana  Negara telah menghubungi Pakatan Harapan berhubung berita bahawa pakatan pembangkang telah memenangi majoriti kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam PRU14 berikutan sehingga kini Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu.

” Pihak Istana Negara telah meminta pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kebetulan telah dinamakan sebagai timbalan perdana menteri Pakatan Harapan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution ketika dihubungi Bernama mengesahkan Dr Wan Azizah sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada kira-kira 3 pagi hari ini.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Mahathir berkata beliau (Najib) berdiam diri.

Kepada soalan lain jika ada sebarang tindakan akan diambil terhadap Najib, Dr Mahathir menjawab: “Kami (Pakatan Harapan) tidak mahu membalas dendam. Kami hanya mahu memulihkan kedaulatan undang-undang”.

Berhubung kedudukan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibebaskan bulan depan,  Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan akan berusaha mendapatkan pengampunan untuk  Anwar bagi membolehkannya bertanding dalam satu pilihan  raya sebagai langkah untuk beliau menjadi perdana menteri.

 

 

Tinggalkan komen anda