Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePerak

10,000 Langkah Kemerdekaan

By 20 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan: Khairun Nadiah dan Nurul Azreen                   Foto: Foto KMJG2018

KINTA, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Negeri Perak telah mengadakan acara 10,000 Langkah Kemerdekaan dalam usaha memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini. Acara itu melibatkan 600 orang peserta yang terdiri daripada penuntut Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM), petugas Hospital Bahagia Ulu Kinta, pelajar-pelajar sekolah di sekitar Tanjung Rambutan dan orang awam. Acara itu telah dimulakan pada jam 8 pagi dan jarak perjalanan adalah sejauh 6 kilometer.

Acara kemuncak pada hari tersebut adalah Majlis Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 (KMJG2018) peringkat Negeri Perak dan kira-kira seramai 1000 orang telah hadir. Acara tersebut telah dirasmikan oleh wakil rasmi Menteri Besar Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain. Dalam ucapannya, Hasnul menekankan kepentingan mengekalkan kemerdekaan dalam negara ini.WhatsApp Image 2018-08-18 at 11.09.35 AM

“Kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita kecapi pada masa dahulu. Oleh itu, anak-anak muda mestilah pertahankan kemerdekaan Negara ini termasuklah kemerdekaan dari segi pemikiran. Janganlah kita mudah terpengaruh dengan berita-berita yang tidak benar dan tidak bermanfaat kerana ia boleh mendatangkan masalah dalam jangka masa panjang’” katanya.

Program pada hari tersebut meriah dengan pelbagai aktiviti persembahan antaranya kuiz interaktif kahoot, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan silambam oleh pelajar-pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJKT) Tanjung Rambutan, persembahan tarian wei wu oleh pelajar SJK(C) Tat Choi, tarian Lagenda Perang oleh ahli Pasukan Gerakan Am (PGA) dan lain-lain.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Putera, Kia Sateena, 17, berkata, program dan sambutan konvoi ini sememangnya menaikkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan dan beliau teruja dengan konvoi KMJG2018.WhatsApp Image 2018-08-18 at 12.02.51 PM

“Walaupun acara 10,000 Langkah Kemerdekaan itu agak memenatkan, saya tetap seronok dengan semangat kekitaan dan kemeriahan yang dirasai. Saya juga harap acara-acara seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan,” tambahnya.

Antara agensi-agensi yang terlibat dalam program tersebut adalah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Kesihatan Daerah Kinta, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Telekom Malaysia (TM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), ILKMM, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Bomba, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).WhatsApp Image 2018-08-18 at 11.36.24 AM

Tinggalkan komen anda