Skip to main content
Berita TempatanHomeJohor

Langkah Larian Obor APMG 2018 Diteruskan

By 2 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh Mohamed Hirsham Azmi & Foto oleh Krisha A/P Selladurai (Pontian)

PONTIAN, 2 Ogos 2018 (Malaysiaaktif) – Larian obor Sukan Asia Pasific Master Games 2018 (APMG 2018) meneruskan perjalanannya dari Daerah Pontian ketika Pulau Pinang bersedia sebagai tuan rumah bagi acara berprestij ini pada bulan hadapan.

Larian ini akan mengelilingi negara sejauh 3908 kilometer dan Negeri Johor merupakan negeri yang ke-9 yang disinggahi dan melewati beberapa negeri yang berbaki sebelum menghentikan langkahnya di acara perasmian APMG 2018 di Pulau Pinang pada 7 ogos nanti.

Pembawa Obor dam Maskot Sedang Bersedia Sebelum Acara Pelepasan.

Temasya empat tahun sekali ini julung kali dianjurkan di rantau Asia Pasific selepas penganjuran sukan World Master Games 2017 di Auckland, New Zealand.

Sebanyak 10 buah kenderaan antik yang membawa maskot dan pembawa obor APMG 2018 berlepas dari Laman Diraja Daerah Pontian dan diiringi oleh 50 orang pembawa bendera Negeri Johor dan Bendera Daerah Pontian.

Antara kereta antik yang mengiringi Maskot dan Pembawa Obor APMG2018

Upacara pelepasan obor yang dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian, Nor Syazlan Bin Abdul Razak, dan pelepasan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Azri Bin Noraini.

Program yang akan berlangsung daripada 7 Sept hingga 15 Sept di Pulau Pinang bakal menghimpunkan 5000 peserta daripada pelbagai negara Asia Pasific yang akan mengambil bahagian dalam 22 jenis sukan yang dipertandingkan.

Menurut Penyelaras Larian Obor APMG 2018, Rosmawati acara sukan ini terbuka kepada atlet yang berusia 30 tahun dan keatas. Yang menariknya, sukan ini hanya dipertandingkan mengikut peringkat umur sahaja.

“Sekiranya atlet tersebut berusia 35 tahun, maka peserta saingannya haruslah sebaya dengannya. Bukan itu sahaja, APMG 2018 tahun ini juga mempertandingkan sukan rakyat seperti pencak silat dan tarian naga bersesuaian dengan citarasa masyarakat Malaysia,” kata Rosmawati

Tinggalkan komen anda