Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

OKU Bukan Beban, Tetapi Keistimewaan Yang Perlu Diangkat Darjatnya

By 15 Ogos 2018Tiada komen4 minit bacaan

Laporan: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Kenyataan yang membenarkan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) menggunakan tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti yang disarankan oleh seorang menteri baru-baru ini nampaknya telah menyinggung perasaan golongan tersebut.

Perkara ini disuarakan oleh seorang OKU fizikal, Mohammad Abdul Rahman, 32, yang mengaku terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan tanpa mengambil kira pandangan warga OKU.

Kita mahu masyarakat dapat membezakan, bahawa OKU ini bukan beban, tapi keistimewaan yang perlu diangkat darjatnya - Mohamammad

Kita mahu masyarakat dapat membezakan, bahawa OKU ini bukan beban, tapi keistimewaan yang perlu diangkat darjatnya – Mohammad

“Kita mahu masyarakat dapat membezakan, bahawa OKU ini bukan beban, tapi keistimewaan yang perlu diangkat darjatnya, jadi, adalah tidak adil LGBT diberi kebenaran untuk mendapat kemudahan tandas seolah-olah menidakkan hak kami.

“Sebagai sebuah negara Islam, tidak sewajarnya LGBT ini dilayan, kerana tidak ada soal diskriminasi terhadap mereka, hanya mereka ini perlulah kembali kepada fitrah sebenar.

“Sepatutnya hak OKU ini tidak diganggu malahan perlu dihormati, usah nanti hak parkir untuk OKU juga mereka mahu, ada beza antara OKU dan LGBT di mana OKU tidak minta untuk menjadi OKU, tetapi LGBT itu masih boleh memilih,”ujar nya.

Mohammad juga berharap selepas ini agar mana-mana menteri yang ingin mengeluarkan kenyataan agar mengkaji terlebih dahulu, dan jangan disia-siakan kepercayaan rakyat yang telah memberi mandat besar kepada mereka.

Sementara itu, seorang penjawat awam,  Hazlinah Samsir, 28 berpandangan bahawa kerajaan perlu mencari jalan untuk menangani gejala LGBT berbanding memberi kemudahan kepada mereka seolah-olah menggalakkan kewujudan komuniti itu.

“Isu penggunaan tandas wanita oleh LGBT sememangnya tidak relevan dan memberi risiko kepada keselamatan wanita itu sendiri, adalah lebih bijak menangani mereka yang mempunyai kecelaruan jantina ini bermula daripada dalaman.

“Bukan hanya risaukan keselamatan, ia juga terkait rapat dengan aurat wanita Islam yang mungkin terdedah di tempat privasi yang sepatutnya tidak dikunjungi lelaki,” katanya.

Bukan hanya risaukan keselamatan, ia juga terkait rapat dengan aurat wanita Islam yang mungkin terdedah - Hazlinah

Bukan hanya risaukan keselamatan, ia juga terkait rapat dengan aurat wanita Islam yang mungkin terdedah – Hazlinah

Hazlinah turut berkongsi pengalaman pahitnya ketika dia ingin mendapatkan perkhidmatan di sebuah kedai gunting rambut.

“Pernah suatu ketika, saya berkunjung ke sebuah kedai gunting rambut yang menyediakan ruangan tertutup khusus untuk muslimah, ketika sedang menunggu giliran di ruang tertutup itu, saya memerhati pekerja yang bakal melayani kami bertubuh sasa walaupun berpakaian wanita dan mempunyai buah dada.

“Pada mulanya saya tidak ingin bersikap prejudis, tetapi saya semakin yakin pekerja itu seorang lelaki sebaik sahaja mendengar suaranya ketika bertanyakan sesuatu kepada salah seorang pelanggan.

“Bayangkan perasaan kami yang telah sebaik mungkin menjaga aurat, dan memilih tempat tertutup khusus untuk muslimah tetapi masih lagi tidak merasa selamat kerana sikap pihak tertentu yang tidak menjaga sensitiviti dan privasi wanita muslimah.

“Hal sebeginilah yang pihak berwajib perlu lihat dengan lebih teliti dan tidak terhad pada sisi sosial dan hak sahaja, tetapi juga perlu dinilai daripada aspek agama,”katanya.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Norazlinah Arif berkata sebagai orang Islam,  isu ini tidak seharusnya dibincangkan langsung kerana ia berkaitan halal dan haram yang tidak mempunyai jalan tengah.

“Apabila merujuk kepada isu penggunaan tandas wanita yang mungkin akan dikongsi dengan LGBT, ini merupakan sesuatu yang serius di mana, kita tidak seharusnya membenarkan perkara ini berlaku.

 kita juga risau unsur-unsur penyamaran di mana lelaki sebenar menyamar menjadi LGBT untuk mengambil peluang berkongsi tandas - Norazlinah

Kita juga risau unsur-unsur penyamaran di mana lelaki sebenar menyamar menjadi LGBT untuk mengambil peluang berkongsi tandas – Norazlinah

“Selain daripada LGBT itu sendiri tidak sepatutnya diiktiraf, kita juga risau unsur-unsur penyamaran di mana lelaki sebenar menyamar menjadi LGBT untuk mengambil peluang berkongsi tandas kerana itu ialah suatu perkara yang sangat serius.

“LGBT sendiri sepatutnya cukup sedar dan tahu bahawa penerimaan masyarakat terhadap mereka cukup setakat menerima keadaan mereka, tetapi untuk mendapatkan hak- hak yang khusus untuk mereka sepatutnya tidak perlu dibincangkan,”tegasnya.

Tambahnya juga, apabila LGBT memilih jalan tersebut, sepatutnya mereka menerima hakikat bahawa itulah ‘kos lepas’ yang perlu ditanggung, apatah lagi timbul saranan penggunaan tandas untuk golongan OKU.

Katanya, mengiktiraf OKU ialah satu keperluan, tetapi mengiktiraf LGBT pula bukan satu keperluan dalam masyarakat yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

“Bagi saya, masyarakat mungkin tidak perlu terlalu risau akan isu ini, apa pun, kita tahu kerajaan baharu sangat menitikberatkan soal garis panduan Islam.

“Saya yakin dan percaya kerajaan tertinggi akan mengkaji dan mendapatkan solusi yang terbaik dalam menangani masalah ini sesuai dengan kehendak rakyat dan hukum Islam itu sendiri,”ujarnya.

-MRR

Tinggalkan komen anda