Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Rupanya Inilah Gempita Semasa Hari Kebangsaan Ke-61

By 31 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh : Noor Azian Saad dan Zurina Saad

 

ALOR SETAR, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Gempita merupakan aset Tentera Darat yang terbaru yang digunakan oleh Batalion ke 19 RAMD Mekanize.

IMG-20180831-WA0028
Kenderaan ini mampu pertahan dari senjata kaliber 7.62mm dari semua sisi.

Gempita telah dipertontonkan julung kalinya kepada umum dalam Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah 2018 pagi tadi.

IMG-20180831-WA0024

Majlis telah disambut meriah dengan hampir 3,000 orang penduduk membanjiri kawasan sekitar Dataran Bandar Alor Setar, berhadapan Masjid Zahir Alor Setar.

IMG-20180831-WA0022
Acara yang bermula pada jam 9.00 pagi dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan dan diikuti dengan persembahan koir oleh Badan Kesenian Negeri Kedah.

Paling dinantikan adalah lintas langsung dari kontigen jabatan, agensi swasta, badan berkanun dan sekolah.

IMG-20180831-WA0023

Sebanyak 88 kontigen telah mengambil bahagian pada tahun ini.
Juara keseluruhan Pertandingan Kawad telah dimenangi oleh Majlis Daerah Sik yang membawa pulang Piala Pusingan.

Manakala Kadet Polis SMK Tun Sharifah Rodziah pula menjuarai Kategori Badan Beruniform Sekolah.

Pasukan kadet polis SMK  Sharifah Rodziah

Pasukan kadet polis SMK Sharifah Rodziah

Bagi kategori jabatan kerajaan pula telah dimenangi oleh Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah.

Majlis Daerah Sik pula memenangi kategori badan berkanun.

IMG-20180831-WA0025
Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat menerima tabik hormat perbarisan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dari empat kategori tersebut.

Turut hadir bersama ke majlis ini ialah Raja Muda Kedah serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Tunku Laksamana dan Tunku Temenggong Kedah.

Ahmad Nizam Zabidi ,50 berkata walaupun acara ini diadakan saban tahun, beliau tidak pernah jemu dan datang untuk menyaksikan acara yang berlangsung setahun sekali ini.

Mohd Firdaus Shamsudin

Mohd Firdaus Shamsudin

Mohd Firdaus Shamsudin, 26 berkata beliau amat teruja untuk melihat sendiri acara sambutan kerana dapat melihat pelbagai kaum serta bangsa hadir dan meraikan bagaikan 1 acara yang perlu disambut bagi menghargai erti keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi hari ini.

Tinggalkan komen anda