Skip to main content
Berita TempatanSabah

Agensi Kerajaan, Swasta Digalak Guna, Laksana Aktiviti Sains Pengkomputeran

By 31 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Asmidar Zainol/ Foto: Abdullah Sani Arif Lokman(Sabah)

KOTA KINABALU, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Semua agensi kerajaan dan swasta Sabah digalak mengguna dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan sains pengkomputeran dalam mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, selain itu penggunaan sains pengkomputeran juga
dapat membantu memberi manfaat kepada masyarakat.

Jenifer semasa menyampaikan ucapan.

Jenifer semasa menyampaikan ucapan.

“Dengan kepakaran terkini melalui Kepintaran Mesin Termaju di Unit Penyelidikan Teknologi Ilmu (KTRU) di UMS, kerajaan

Sabah dan agensi swasta akan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan penyelidik KTRU dalam projek kreatif dan inovatif.

“Antaranya, ketepatan pertanian, kerajaan pintar, biodiversiti pintar dan pemuliharaan hidupan liar, perancangan dan penggunaan tanah secara pintar, pelancongan pintar dan yang paling penting, keselamatan pintar atau keselamatan biometrik.

“Sabah juga perlu mengambil peluang ini untuk memperhebatkan penggunaan IoT (Internet of Things) dan Pembelajaran Mesin dalam meningkatkan produktiviti industri pertanian seperti padi, kelapa sawit dan rumpai laut.

Antara yang hadir di seminar tersebut.

Antara yang hadir di seminar tersebut.

“Teknologi ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan industri pelancongan di Sabah dengan mengumpulkan semua sumber dalam pelancongan, seperti hotel, pakej pelancongan dan perkhidmatan dan dipromosi menggunakan e-dagang dan teknologi pembelajaran mesin yang digunakan oleh Amazon dan Alibaba,” katanya.

Tambah Shafie, Kepulauan Borneo, terutamanya Sabah, mempunyai kepelbagaian biologi dan sumber semula jadi yang kaya dengan hutan hujan tropika yang menyediakan habitat semulajadi ideal untuk ribuan hidupan liar yang boleh dijadikan data.

“Dengan menggunakan kepintaran buatan dan algoritma kualiti data pemerhatian dapat dipertingkatkan serta merapatkan jurang apabila tugas sukar bagi manusia dapat diselesaikan menggunakan teknologi komputer,” katanya semasa merasmikan Persidangan The Fifth International Conference On Computational Science and Technology 2018 (ICCST2018) dan International Conference On Computational Science and Engineering 2018 (ICCSE2018) di sini baru-baru ini.

Jenifer (tengah) menyaksikan penyerahan cenderahati oleh D Kamarudin (kiri) kepada Pegawai Eksekutif Infomina Sdn Bhd, Chai Sung Choong (kanan)

Jenifer (tengah) menyaksikan penyerahan cenderahati oleh D Kamarudin (kiri) kepada Pegawai Eksekutif Infomina Sdn Bhd, Chai Sung Choong (kanan)

Teks ucapan Shafie dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi  Sabah, Jenifer Lasimbang.

Seminar antarabangsa anjuran Unit Penyelidikan Teknologi Ilmu, Fakulti Komputeran dan Informatik, Universiti Malaysia Sabah (UMS) disertai 100 peserta bermula hari ini sehingga 30 Ogos mengumpulkan peserta dan pembentang kertas kerja dari Malaysia, Brunei, Singapura, India, Pakistan, Taiwan, China, Korea, Japan, Filipina, Indonesia, Thailand, Myamar dan Nigeria.

Jenifer (empat dari kanan), D Kamarudin (empat dari kiri), Ag Asri (tiga dari kiri) dan Rayner (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama para peserta seminar.

Jenifer (empat dari kanan), D Kamarudin (empat dari kiri), Ag Asri (tiga dari kiri) dan Rayner (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama para peserta seminar.

Hadir sama, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Muin; Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik UMS, Profesor Dr Ag Asri Ag Ibrahim dan Ketua Unit Penyelidikan Teknologi Ilmu, UMS merangkap Pengerusi Seminar, Profesor Dr Rayner Alfred.

 

-FB

Tinggalkan komen anda