Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Lapangan Terbang Langkawi Tidak Mampu Tampung Kehadiran Pelancong

By 11 September 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan oleh : Imran Sedi

LANGKAWI, 10 Sept (Malaysiaaktif) – Lapangan Terbang Langkawi telah menyumbang kepada peningkatan kehadiran pelancong ke Langkawi. Lapangan Terbang Langkawi mula beroperasi sejak tahun 1986 dan telah dinaik taraf pada 1991, 1995 dan pada November tahun lepas.

“Lapangan Terbang ini hanya mampu menampung sekitar 1.5 juta penumpang. Pada tahun 2017, penumpang telah meningkat sehingga 2.7 juta, menyebabkan kita perlu memperbesarkan Lapangan Terbang ini,” kata Pengurus Lapangan Terbang Langkawi, Jefry Ramli ketika ditemui pemberita tadi, di sini ketika lawatan Kembara Media 2018 di Pulau Langkawi.

“Lapangan Terbang Langkawi dijangka siap pada awal bulan ni mampu menampung sekitar 4 juta orang penumpang dan kita harapkan penumpang yang hadir mendapat keselesaan di sini,” tambahnya lagi.

Menurut Jefry lagi, “kita juga menerima peningkatan penumpang-penumpang dari luar negara seperti Singapura, Guangzhaou, Chengdu, Kunming dan Guiyang disamping penumpang dari Malaysia sejak kebelakangan ini.”

Kedah menyaksikan pembangunan pesat dalam aspek pengangkutan udara yang cemerlang kepada pelancong dalam agenda meningkatkan kemasukan pelancong ke negeri ini, malah menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara amnya, dan peningkatan ekonomi penduduk tempatan khususnya.

Tinggalkan komen anda