Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Batu Pahat Juara Berganda Keceriaan Bulan Kebangsaan

By 9 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Pelapor dan Foto oleh : Nor Adilah Abdullah dan Mohd Najib Mohaini

BATU PAHAT, 8 Okt (MalaysiaAktif) – Daerah Batu Pahat menjuarai lima anugerah daripada lapan anugerah yang dipertandingkan di Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Johor.

Antara kategori yang dimenangai oleh daerah Batu Pahat adalah kategori bangunan kerajaan yang dimenangi oleh Hospital Sultanah Nora Ismail menerima wang tunai RM1000, diikuti  kategori kampung pula dimenangi oleh Kampung Separap menerima wang tunai RM2500 dan SMK Dato’ Syed Esa pula telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah menangah dengan membawa pulang wang tunai RM2000

4

Hospital Sultanah Nora Ismal menerima plak wang tunai dan sijil penyertaan

Manakala bagi kategori individu yang menerima wang tunai RM1000 ialah Kamberon Dirin dari Senggarang, Batu Pahat  dan bagi kategori pintu gerbang pula dimenangi oleh SMK Dato’ Onn, Batu Pahat dengan membawa pulang RM2000.

Bagi kategori bangunan swasta telah dimenangi oleh KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital, Muar dengan membawa pulang wang tunai RM1000.

Daerah Tangkak telah memenangi 2 kategori iaitu kategori institut pengajian yang dimenangi oleh Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan  Sekolah Kebangsaan Ledang telah dinobatkan juara bagi kategori sekolah rendah. Masing – masing telah menerima wang tunai RM2000 dan RM1000.

Rashid Hasnon beramah mesra bersama pemenang

Pengarah Penerangan Johor, Zainudin Ismail pula berkata pemarkahan bagi pertandingan ini dibahagikan kepada beberapa utama aspek seperti kreativiti, daya tarikan dan juga beberapa nilai tambah seperti peserta mempamerkan pantun, slogan, kata-kata patriotik dan sebagainya lagi.

Tambah beliau, team panel penilai bagi Peringkat Negeri untuk pertandingan keceriaan ini, telah melibatkan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia.

“8 kategori yang menjadi juara di peringkat negeri ini akan dihantar ke peringkat kebangsaan dan semoga dapat dinobatkan menjuarai bagi peringkat kebangsaan,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan.

Rashid Hasnon semasa menyampaikan ucapan perasmain penyampaian hadiah Pertandingan Kecerian Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Johor

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu, Pahat Rashid Hasnon berkata, “Saya kagum dengan semangat positif yang ditunjukkan kepada peserta semua dalam menyahut cabaran keceriaan Bulan Kebangsaan pada tahun ini. Banyak idea yang mampu menterjemahkan semangat patriotisme yang ada dalam diri masing-masing,” katanya

Tambah beliau, daya kreativiti semua peserta telah membuka minda masyarakat di sekeliling bahawa masyarakat kreatif dan inovatif adalah penyumbang kepada matlamat modal insan untuk mencapai kecemerlangan Negara yang berterusan.

Beliau mengakhiri ucapan merasmikan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan peserta Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan di Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam, Batu Pahat hari ini.

Turut hadir Exco Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif, Sheikh Umar Bagharib Ali dan wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat, Ahmad Nazri bin Rebu.

 

Tinggalkan komen anda