Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Regata Sarawak Tarik Minat Penyertaan Antarabangsa  

By 9 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad / ChasingAplate (Sarawak)

KUCHING, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa dan pertandingan Regatta Sarawak 2018 tahun ini akan berlangsung pada 26 Oktober hingga 4 November ini dan telah menerima pengesahan penyertaan daripada 12 negara antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata acara yang diadakan sempena Regata Sarawak-Festival Tebingan Kuching 2018 itu, tahun lepas menerima penyertaan lapan negara sahaja.

“Pada kali ini 12 negara akan turut serta dalam perlumbaan ini antaranya, Brunei, China, Hong Kong, Thailand, Taipei (Taiwan), Filipina, Singapura, Makau, Indonesia selain Malaysia (Sarawak), Semenanjung dan Sabah.

“Selain itu kita menerima penyertaan daripada dua negara Eropah pada kali ini iaitu, Switzerland dan Jerman. Kesemuanya melibatkan 29 pasukan dan lebih 900 peserta atau pekayuh,” katanya.

 Shamsul Taha, Pengurus Besar, Pejabat Petronas Wilayah Sarawak menyerah Mock Cheque kepada Abdul Karim

Shamsul Taha, Pengurus Besar, Pejabat Petronas Wilayah Sarawak menyerah Mock Cheque kepada Abdul Karim

“Jumlah keseluruhan hadiah yang bakal direbut oleh peserta bagi kedua-dua acara bernilai lebih RM280,000.“Bagi Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa ia menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM45,000 termasuk piala dan pingat, manakala Regata Sarawak menawarkan RM240,000,” katanya sambil berkata Raja Sungai bakal membawa pulang piala dan wang tunai RM10,000.

Mengulas lanjut katanya, acara perasmian pada 27 Oktober akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang turut melakukan simbolik ‘eye-dotting’ di Tebingan Kuching.

Bagi acara penutupan pada 4 November ia disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sekali gus menyampaikan gelaran Raja Sungai.

Abdul Karim (dua kanan) bersama Lee Kim Shin (kanan)

Abdul Karim (dua kanan) bersama Lee Kim Shin (kanan)

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Regata Sarawak-Festival Tebingan Kuching 2018 dan penyerahan sumbangan penajaan sempena acara tersebut. Pada tahun ini acara tersebut berjaya mengumpul penajaan daripada syarikat – syarikat korporat berjumlah RM 1.05 juta.

Sejurus sidang media tersebut Abdul Karim menerima replika cek daripada wakil penaja serperti syarikat Petronas Wilayah Sarawak menaja sebanyak RM500,000.00 yang disampaikan oleh Shamsul Taha, Pengurus Besar, Pejabat Petronas Wilayah Sarawak, Syarikat Petra Energy Berhad menaja RM 100,000.00 diserahkan oleh Ahmad Yusoff, dan daripada Cahya Mata Sarawak (CMS) dan Ta Ann Holdings masing masing menaja RM 30,000.00.

 

-ER

Tinggalkan komen anda