Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pertemuan Semula Penggiat Seni Sabah, November Ini

By 24 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto Disunting Oleh: Azman Jumat (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Malam Jalinan Mesra yang akanĀ berlangsung pada 9 November ini di Hotel The Pacific Sutera diadakan khusus untuk menghimpun semula semua penggiat seni diĀ Sabah.

Majlis anjuran Jawatankuasa Penggiat Seni Sabah yangĀ julung kali akan diadakan iniĀ berusaha mengumpul seramai mungkin bekas-bekas penggiat seni dalam pelbagai cabangĀ  yang mana sebahagian daripada mereka tidak lagi aktif atauĀ telah bersara dalam bidang kerjaya masing-masing.

3

Pengerusi Penganjur, Sadian Sadio berkata pertemuan dan permulaan sebuah ikatan persahabatan antara penggiat-penggiat seni di Sabah telah menghasilkan satu ikatan yang kuat.

ā€œDengan merealisasikan pertemuan mereka itu nanti, sudah tentu banyak peristiwa, dugaan dan pengalaman pahit dan manis yang telah dilalui sepanjang berada dalam dunia seni dapat dikongsikan.

ā€œSelain itu, Ā program ini merupakan salah satu inisiatif untuk menghargai sumbangan dan pencapaian mereka sebagai penggiat seni dalam apa juga cabang seni yang mereka ceburi,ā€jelasnya.

Menurut Sadian, acara berprestij ini diharap menjadi salah satu acara yang perlu diberi keutamaan sebagai menghargai dan mengingati jasa-jasa para penggiat seni sama ada yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia dan menjadi platform utama untuk menghimpunkan semuaĀ merekaĀ dalam sebuah majlis khas.

Sadian (dua dari kiri) mendengar penjelasan Datu Rusmadi (tengah)

Sadian (tiga dari kiri) mendengar penjelasan Datu Rusmadi (tengah)

BeliauĀ mengalu-alukan penyertaan daripada semua penggiat seni Sabah yang lama dan baharu sama ada pelakon, penyanyi, pemuzik, penari, pelawak, pelukis, pengacara, penyajak, teater, pemuisi, pencipta lagu, nasyid, silap mata, kumpulan kugiran, buskers, pesilat dan lain-lain yang berkaitan seni ke majlis ini.

Sebarang pertanyaan mengenainya boleh dilakukan dengan menghubungi urus setia: 012-849010(Juriah), 017-9151764 (Mestika), 013-5573497 (Afsah), 013-8638871 (Aling) dan 016-5099460 (Saripa).

Sadian juga turut mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Datu Rusmadi Datu SulaiĀ bagi menyampaikan hasrat penganjuran tersebut, pada Isnin.

Turut memberi sokongan dalam majlis ini ialahĀ Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Ā Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

 

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda