Skip to main content
Home

SOP Perdagangan Empat Lokasi Dipertingkatkan – Shafie

By 10 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Asmidar Zainol/ Foto: Mohamad Shahvian Razali(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri┬ámenambah baik┬áProsedur Operasi Standard (SOP) di empat lokasi perdagangan di Lahad Datu, Kudat, Semporna dan Tawau.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, SOP berkenaan bukan hanya akan meningkatkan perdagangan tetapi juga dapat mengurangkan aktiviti haram di lokasi-lokasi tersebut.

“Dengan SOP ini, dapat ┬ámengemas kini bot yang digunakan, jenis barang yang didagangkan selain memperkenalkan beberapa langkah yang ada┬ásense of the ownership, bila mana ada sesuatu kejadian berlaku di satu tempat maka kita boleh mengetahui siapa pemilik bot, di mana dan bagaimana kita hendak mengurus dan banyak lagi penambahbaikan kepada SOP agar dapat berjalan dengan lancar.

“InsyaAllah kalau tiada halangan, SOP berkenaan akan dimulakan pada 1 Januari nanti,” ujarnya.

Shafie (kiri) , Omar (tengah) dan Sharifah (kanan) semasa sidang media Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri.

Shafie (kiri) , Omar (tengah) dan Sharifah (kanan) semasa sidang media Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri.

Tambah Shafie, empat lokasi yang dipilih akan dijadikan sebagai pangkalan mewujudkan perdagangan di antara Filipina dan Indonesia selain faktor keselamatan akan dipertingkatkan.

“Saya yakin usaha ini akan memungkinkan usahawan tempatan dapat meningkatkan perniagaan dan seterusnya dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan,”┬ákatanya kepada media semasa sidang media Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri di Pusat Pentadbiran ┬áNegeri Sabah (PPNS), petang Isnin.

Menurut Mohd Shafie, mesyuarat berkenaan telah membincangkan kaedah untuk memastikan keselamatan negeri dapat ditingkatkan selain langkah-langkah membanteras kes jenayah di peringkat Sabah.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Panglima Hashim Paijan; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dan Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof.

 

 

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda