Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

111 Pelajar Terima Bantuan Sekolah

By 17 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Norazura binti Abdul Latif (Melaka Tengah)

MELAKA, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Bagi memastikan keperluan persekolahan dipenuhi, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Melaka mengambil inisiatif mengadakan program ‘Kembali Ke Sekolah’ bagi Parlimen Kota Melaka. Program yang berlangsung semalam bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Melaka , Kota Laksamana melibatkan seramai 111 orang pelajar yang menerima bantuan persekolahan berupa beg, kasut, stokin dan pakaian seragam sekolah.

Khoo Poay Tiong menyampaikan ucapan.

Khoo Poay Tiong menyampaikan ucapan.

Program yang telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong ini disambut baik  oleh masyarakat setempat. Menurut Khoo Poay Tiong, kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa adalah sangat penting bagi memastikan golongan B40 menerima bantuan sewajarnya.

Menurut beliau lagi, Parlimen Kota Melaka merupakan parlimen yang paling besar di Malaysia dengan jumlah pengundi seramai 127 ribu. Jumlah sebesar itu memerlukan kerjasama yang erat bagi memastikan sumbangan dapat disalurkan dengan sewajarnya.

“Bagi pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan, pendidikan vokasional amat dititik beratkan setanding dengan pendidikan di universiti. Hal ini bagi memastikan pelajar-pelajar bidang vokasional tidak dipinggirkan sejajar dengan matlamat Industri 4.0 pada masa akan datang,” tambahnya lagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong, DUN Kota Laksamana merupakan DUN yang pertama menyalurkan dana secara sistematik kepada sekolah-sekolah di dalam DUN ini. Peruntukan dalam sektor pendidikan adalah sangat penting dan Kerajaan Negeri Melaka amat komited dalam pembangunan sektor ini. Sehubungan itu, Parlimen Kota Melaka mengambil inisiatif untuk menyampaikan sumbangan persekolahan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti oleh MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) yang baru dilantik.

Turut hadir, ADUN Kesidang, Alex Siah Shoo Chin.

 

-KN

Tinggalkan komen anda