Skip to main content
HomeJohor

63,132 Wanita Daftar i-Suri Sehingga Disember 2018

By 27 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/ foto: Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Pelancaran i-Suri pada 8 Ogos 2018 lalu adalah untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang asas kepada golongan suri rumah yang memikul tanggungjawab untuk mendidik dan membesarkan anak.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sehingga 31 Disember 2018, seramai 63,132 orang wanita telah berdaftar dengan i-Suri, manakala 25,674 orang wanita dalam kalangan suri rumah telah berdaftar dengan Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-Saraan).

“Bagi mereka yang tidak layak untuk memohon i-Suri, i-Saraan diperkenalkan bagi menggalakkan golongan yang tiada pendapatan tetap seperti petani, pemandu teksi dan peniaga kecil untuk menyimpan bagi hari tua,” jelas beliau ketika berucap merasmikan Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Johor di Plaza Angsana, di sini, semalam.

Program Santuni Rakyat bertujuan memperkenalkan program dan inisiatif yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memanfaatkan semua golongan masyarakat.

Program Santuni Rakyat bertujuan memperkenalkan program dan inisiatif yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memanfaatkan semua golongan masyarakat.

Dr Wan Azizah berada di Johor dalam rangka lawatan kerja pertamanya ke negeri ini sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Mengulas mengenai Program Santuni Rakyat, Dr Wan Azizah berkata, program tersebut adalah inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertujuan memperkenalkan program dan inisiatif yang disediakan KPWKM untuk memanfaatkan semua golongan masyarakat.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kemudian merasmikan pelancaran program ‘Mama Friendly’ iaitu kemudahan bilik penyusuan bayi kepada kakitangan awam wanita yang pertama kali disediakan di bangunan kerajaan di Johor.

Program ‘Mama Friendly’ iaitu kemudahan bilik penyusuan bayi kepada kakitangan awam wanita yang pertama kali disediakan di bangunan kerajaan di Johor

Program ‘Mama Friendly’ iaitu kemudahan bilik penyusuan bayi kepada kakitangan awam wanita yang pertama kali disediakan di bangunan kerajaan di Johor

Katanya, menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), program ini akan dilaksanakan sebagai projek perintis di Pusat Pentadbiran Kota Iskandar dan seterusnya akan diperluaskan di semua premis kerajaan yang lain.

“Syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Johor yang telah menyahut seruan Kerajaan Persekutuan dengan mengumumkan inisiatif ini dalam ucapan pembentangan Bajet Johor 2019 lalu,” ujar beliau lagi.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Datuk Amran A. Rahman.

EM

Tinggalkan komen anda