Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeNegeri Sembilan

Menyulam Adat Perpatih dan Sistem Beraja Negeri Sembilan ke Dalam Jiwa Generasi Muda

By 30 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto:  Suzilawati Kamarudin/ Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 30 Jan (Malaysiaktif) – Pejabat Daerah Seremban telah mengambil inisiatif mengadakan Program Bual Bicara Adat Perpatih dengan menyasarkan penglibatan seramai 70 orang pelajar sekolah menengah dari 14 buah sekolah dalam daerah Seremban.

SMK Seri Pagi johan segmen pembentangan.

SMK Seri Pagi johan segmen pembentangan.

“Tahniah kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan jawatankuasa induk yang mengadakan program yang cukup baik ini untuk golongan muda seperti pelajar agar mereka memahami dan mendalami akan keunikan budaya dan adat di Negeri Sembilan,” ujar Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,  Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar ketika merasmikan program ini.

Sementara itu, peserta, Nur Batrisyia Adriana Mohd Faizal berkata, “Ini kali pertama saya masuk ke dalam Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, cantik dan besar.  Seronok juga ada program seperti ini kerana membantu saya dalam subjek pelajaran sejarah.”

Sesi Luah Maklumat di Kertas Mahjong.

Sesi Luah Maklumat di Kertas Mahjong.

Program bermula dengan bual bicara dari Luak Ulu Muar, Datuk Perdana Khalid Ujang dan Kurator Galeri Diraja, Mohd. Khairil Hisham yang menyampaikan maklumat berkenaan asal dan susur galur budaya dan suku-sakat dari Minangkabau dan Sistem Beraja di Negeri Sembilan. Kemudian, para peserta secara berkumpulan perlu mengeluarkan semula maklumat yang diterima sepanjang sesi bual bicara ke dalam sekeping kertas mahjong untuk dinilai oleh para juri.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi telah memenangi segmen pembentangan dan membawa pulang berupa piala, sijil dan wang tunai.

Selain itu, peserta juga berpeluang melawat ke seluruh Galeri Diraja Tuanku Ja’afar ini pada sebelah petang.

-KN

Tinggalkan komen anda