Skip to main content
HomeSabah

MUIS Salur RM38 Ribu Sumbangan Bagi Mangsa Kebakaran Kg.Pasir Putih

By 23 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/ Foto: Idris Sani Saberun/ Shahvian Mohd. Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Pusat Zakat Sabah (MUIS) menyalurkan sumbangan berjumlah RM38,000 kepada mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih,Putatan yang berlaku 11 Januari lepas.

Sumbangan dalam bentuk wang tunai RM500 itu disampaikan oleh Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Panglima Hasbullah Mohd Taha kepada setiap isi rumah bagi meringankan beban yang ditanggung.

Dalam pada itu, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) turut menyampaikan bantuan berupa baucar pembelian RM200 dan barangan keperluan dapur dengan jumlah keseluruhan RM20,000.

Hasbullah (kiri) menyampaikan sumbangan dari Pusat Zakat Sabah kepada salah seorang ketua keluarga, Mazlan Musa (kanan) pada majlis penyampaian sumbangan tersebut

Hasbullah (kiri) menyampaikan sumbangan dari Pusat Zakat Sabah kepada salah seorang ketua keluarga, Mazlan Musa (kanan) pada majlis penyampaian sumbangan tersebut

Majlis penyerahan dan agihan bantuan kepada 77 orang ketua keluarga itu disampaikan oleh Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir di Dewan Masyarakat Putatan, semalam.

Selain itu, turut disampaikan adalah sumbangan kepada Pengerusi Bencana Daerah merangkap Pegawai Daerah Putatan, Hassan Mahali sebanyak RM12,150 dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Tombovo, Jabatan Arkib Negeri Sabah, Persatuan Usahawan Muda Sabah dan MyMedia.

Uda (dua dari kiri) menunjukan kesan kebakaran ketika membawa rombongan SEDCO dan YADIM melawat kawasan kampung yang terjejas akibat kebakaran besar pada 11 Januari yang lepas

Uda (dua dari kiri) menunjukan kesan kebakaran ketika membawa rombongan SEDCO dan YADIM melawat kawasan kampung yang terjejas akibat kebakaran besar pada 11 Januari yang lepas

Selepas penyampaian berlangsung, para penderma melakukan lawatan ke kawasan kebakaran serta beramah mesra bersama mangsa yang berada di pusat penempatan sementara.

Hadir sama, Menteri Undang-Undang dan Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Anak Negeri merangkap ADUN N18 Petagas, Datuk Uda Sulai, Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki serta Ketua Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N18 Petagas, Madilli Yussuf.

EM

Tinggalkan komen anda