Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Selepas 10 tahun, MB Selangor Pengerusikan MPN

By 24 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang

GOMBAK, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor kembali mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri (MPN), merupakan kali pertama selepas 10 tahun sejak Pakatan Harapan (PH) mentadbir.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia menunjukkan kebaikan setelah wujud keseimbangan pentadbiran kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang di pimpin oleh parti yang sama.

“Inilah perkara yang baiknya bila ada keseimbangan di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan,”katanya

Menurutnya, kerajaan (BN) sebelum ini telah melencongkan dan pembangunan tersebut kepada satu jawatankuasa pembangunan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Mereka tidak memanggil kerajaan negeri untuk merancang pembangunan. Jadi banyak pelan-pelan pembangunan kita tidak seimbang kerana tiada koordinasi,” katanya.

Jelas Amirudin, mesyuarat kali pertama itu akan diadakan akhir bulan ini atau awal Februari depan yang akan dipengerusikan beliau sendiri.

“Harapnya kita dapat seragamkan atau koordinasi pelan pembangunan negeri dan pembangunan persekutuan, kita elakkan pertindihan,” katanya.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan berjumlah RM2.56 bilion, hampir sama dengan jumlah belanjawan negeri Selangor.

“Peruntukan tersebut memang disalurkan tapi ia tidak disusun oleh pihak kerajaan negeri bersama-sama pelan pembangunan mereka.

“Ini bukan soal siapa buat atau siapa tak buat. Bila ada penyusunan dibuat akan ada tempat yang mungkin tidak terlepas pandang dan boleh diberi fokus,” ujar beliau.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda