Skip to main content
HomeSabah

TPM Tiba di Sabah Untuk Lawatan Rasmi Sehari

By 8 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/ Foto: Idris Sani Saberun/ Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 8 Feb (Malaysiaaktif)  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di sini pada Jumaat untuk lawatan rasmi sehari ke Sabah.

Ketibaan beliau pada jam 10.50 pagi dengan pesawat komersial disambut Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew, ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Ketua-ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah di Balai Seri Kinabalu Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA1).

Christina (tiga dari kiri) menyampaikan taklimat ringkas perjalanan program kepada Wan Azizah (lima dari kanan) sempena lawatan rasmi sehari ke Sabah sejurus tiba di KKIA1.

Christina (tiga dari kiri) menyampaikan taklimat ringkas perjalanan program kepada Wan Azizah (lima dari kanan) sempena lawatan rasmi sehari ke Sabah sejurus tiba di KKIA1.

Sebaik tiba, Wan Azizah dan rombongan bertolak ke Dewan Masyarakat Putatan bagi menghadiri Program Penyampaian Bantuan Wang Ihsan – (Bantuan Bencana Negara) kepada mangsa-mangsa kebakaran Daerah Putatan.

Pada sebelah petangnya, beliau menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar-pelajar Sekolah (B40) peringkat Parlimen Kota Belud di Sekolah Agama Rakyat Nur Taqwa dan dijangka turut melawat Bangunan Baharu Rumah Anak Yatim (RAY) Nur Taqwa Kampung Rampayan Laut, Kota Belud.

Wan Azizah (dua dari kiri) mengaminkan bacaan doa selamat sebelum memulakan perjalanan ke Dewan Masyarakat Putatan sempena lawatan kerja sehari di negeri ini.

Wan Azizah (dua dari kiri) mengaminkan bacaan doa selamat sebelum memulakan perjalanan ke Dewan Masyarakat Putatan sempena lawatan kerja sehari di negeri ini.

Wan Azizah dijadualkan berlepas balik ke ibu negara pada jam 6.30 petang melalui pesawat komersial sejurus mengakhiri lawatan rasmi di Kota Belud.

EM

Tinggalkan komen anda