Skip to main content
HomePulau Pinang

‘Fun Ride’ Komuniti Rapat Hubungan Polis Dengan Masyarakat

By 24 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Perai Utara)

BERTAM, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Program ‘Community Polising Fun Ride’ kayuhan berbasikal bersama Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara bersama warga komuniti Bertam Perdana dan Shah Bandar anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) berlangsung semalam.

Program diadakan bersempena Peringatan Hari Polis ke 212 tahun bertujuan mendekati masyarakat dengan kaedah bersantai dalam menyampaikan maklumat mengenai pelbagai isu keselamatan negara termasuk isu-isu permasalahan traffik dan juga sindiket  ‘Macau Scam’ yang semakin berleluasa.

Antara warga komuniti Bertam Perdana dan Shah Bandar yang terlibat

Antara warga komuniti Bertam Perdana dan Shah Bandar yang terlibat

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata program yang dianjurkan oleh IPD SPU diharapkan akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat dalam usaha bersama-sama bertukar maklumat menerusi kaedah ini.

“Menerusi program Santai Pagi ini, seramai 11 orang pegawai polis dan 20 anggota polis bersama dengan lebih 50 warga penduduk telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini.

Pengerusi Komuniti Bertam Perdana menyambut kehadiran Noorzainy

Pengerusi Komuniti Bertam Perdana menyambut kehadiran Noorzainy

“Selain berinteraksi bersama masyarakat setempat, kita turut mengedarkan risalah tentang pencegahan jenayah kepada orang ramai,” katanya.

Pengerusi Persatuan Komuniti Shah Bandar, Azhan Arshad berpuas hati dengan sokongan yang telah diberikan oleh pihak polis kepada penduduk di sini.

“Dengan adanya Balai Komuniti Bertam Perdana, segala laporan dan rujukkan adalah lebih cepat dan berkesan apabila sesuatu aduan itu dibuat oleh penduduk di sekitar ini,” ujarnya.

Sesi soal jawab Ketua Polis Daerah SPU bersama masyarakat setempat

Sesi soal jawab Ketua Polis Daerah SPU bersama masyarakat setempat

Untuk rekod, sambutan Peringatan Hari Polis Ke 212 kali ini masih mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ sebagai tema sambutan tahun ini kerana ia membawa makna yang cukup signifikan dalam hubungan polis dan masyarakat.

Apa yang jelas, masyarakat memerlukan pihak polis untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka manakala polis pula memerlukan kepercayaan, sokongan dan kerjasama masyarakat untuk sama-sama memelihara ketenteraman dan kedaulatan negara.

EM

Tinggalkan komen anda