Skip to main content
HomePulau Pinang

Pelajar SMK Saujana Indah Rasai Pengalaman Mengundi

By 22 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Muhammad Zaini Dollah/Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 21 Mac 2019 (Malaysiaaktif) – Merasai sendiri pengalaman mengundi, walaupun belum mencapai usia 21 tahun merupakan satu pengalaman hebat yang tidak dapat dilupakan oleh 400 pelajar SMK Saujana Indah (SMKSI) sempena program Amalan Demokrasi Berparlimen anjuran Pejabat Penerangan Daerah SPS dengan kerjasama Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang di sini, semalam.

Pengetua SMKSI, Zulkipli Salleh berkata pihaknya amat berbesar hati serta mengalu-alukan kehadiran Jabatan Penerangan mengadakan program di sekolah ini untuk memberi maklumat dan pendedahan awal kepada pelajar gambaran sebenar proses pilihanraya di Malaysia yang juga merupakan sebahagian daripada subjek Sejarah dalam sukatan pelajaran sekolah.

Pelajar SMK Saujana Indah ceria ketika bergambar di Program Amalan Demokrasi

Pelajar SMK Saujana Indah ceria ketika bergambar di Program Amalan Demokrasi

Majlis yang rasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah SPS, Farhani Ismail, berkata bahawa SMKSI bertuah kerana merupakan antara sekolah di dalam Daerah SPS yang terpilih untuk diadakan Simulasi Pilihanraya sebenar dengan penglibatan sepenuhnya oleh pelajar bagi merasai sendiri pengalaman mengundi semasa pilihanraya diadakan.

“Edaran bahan penerbitan Jabatan dan acara kuiz kenegaraan Skuad MobileKiosk@JapenSPS turut diadakan bagi memeriahkan lagi program yang diadakan ini,” katanya.

Kuiz kenegaraan Skuad MobileKios@Japen

Kuiz kenegaraan Skuad MobileKios@Japen

Turut hadir dalam program ini, Pengarah Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang, Raveendran Nair A/L Kasevan Nair.

Taklimat dan Simulasi Pilihanraya diketuai oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang, Hasrina Mass’ud

EM

Tinggalkan komen anda