Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Walaupun Tidak Dituntut, Lunaskan Demi Kesejahteraan Semua

By 13 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 13 Mac (Malaysiaaktif)– Bermula 1 Mac 2019, kaunter Hasil Dalam Negeri (LHDN) seluruh negara boleh dijana dalam urusan taksiran cukai 2018, samada Cukai Pendapatan Individu maupun Perniagaan.

Menurut Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Kelantan Shulailini Mohd Shuhaimi, 36, tempoh bagi Taksiran Individu bermula 1 Mac sehingga 30 April ini, manakala Taksiran Cukai Perniagaan pula berakhir 30 Jun.

Beliau menjelaskan, untuk ‘Tawaran Pengakuan Sukarela’ bagi taksiran cukai bagi tahun selepasnya telah dibahagikan kepada dua fasa iaitu bagi fasa pertama ianya bermula pada 3 November 2018 dan berakhir pada 31 Mac 2019 dengan peratusan pengecualian adalah sebanyak 10 peratus. Manakala bagi fasa ke dua pula ianya bermula pada 1 April dan berakhir pada 30 April dengan pengecualian sebanyak 15 peratus.

“Sehubungan itu juga di dalam menyedarkan kepada pembayar cukai yang liat, pihak LHDN Kelantan telah mengadakan kempen baru-baru ini di Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu, serta mempamerkan iklan melalui media cetak maupun elektronik dan iklan LED disekitar Jalan Mahmood Kota Bharu serta sekitar premis LHDN di setiap Pusat Khidmat Hasil bertempat di Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Gua Musang serta UTC Kota Bharu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagi Zamanizi Zakaria, 33, beliau lebih selesa menyelesaikan taksiran cukai pendapatannya di kaunter khidmat cukai, memandangkan apabila melakukan proses pengisian taksiran e-failing ini ianya lebih mudah dan efisen dengan bantuan daripada pihak Pegawai LHDN dengan terus memasukkan setiap maklumat yang dikehendaki ke dalam sistem dengan lebih cepat dan pantas.

Manakala Azlan Hazim, 45, pula berkata, beliau juga lebih suka menyelesaikan urusan Taksiran cukai ini lebih awal memandangkan apabila berlaku sahaja sebarang permasalahan ianya pasti dapat dirujuk dengan cepat di LHDN berdekatan serta pengecualian penalti cukai juga dapat dinikmati.

Menurut Chang Lian Bee, 43, baginya melunaskan tanggungjawab sebagai pembayar cukai kepada negara merupakan amanah serta kewajipan yang perlu dipikul bersama di dalam menyalurguna hasil cukai ini demi kesejahteraan semua pihak.

-NAZ

Tinggalkan komen anda