Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Wanita Juga Mampu Galas Tanggungjawab Berat; Harus Diberi Peluang

By 10 Mac 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Nurul Wahida Mohamad Noor/ Halimah Abdul Ghani (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 10 Mac (Malaysiaaktif) –   “Tangan yang dahulunya menghayun buaian mampu mengoncang dunia”, itu antara kata-kata keramat yang selalu diperkatakan untuk mengambarkan betapa besar peranan dan sumbangan golongan wanita.

‘Seimbang untuk sejahtera’ merupakan tema bagi sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini dan sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Dewan SP Arena semalam dikenali sebagai ‘Penang for Purple’ di mana warna ungu begitu sinonim bagi Hari Wanita Sedunia yang melambangkan keadilan dan martabat golongan wanita terutamanya dalam usaha mengiktirafkan sumbangan wanita di negeri Pulau Pinang khususnya.

Ucapan oleh Yang Berhormat Puan Chong Eng, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam

Ucapan oleh Yang Berhormat Puan Chong Eng, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam

Tahun ini telah membuka lebaran baru bukan sahaja untuk golongan wanita malah penglibatan golongan lelaki juga sejajar dengan temanya ‘Seimbang untuk sejahtera’ dalam melengkapi aspek kehidupan yang lebih harmoni dari segi ekonomi, sosial mahu pun politik.

Golongan wanita kini mampu mengalas tanggungjawab bukan sahaja sebagai seorang anak, ibu, isteri dan wanita berkerjaya malah penglibatan dalam membuat keputusan dan dasar Negara Peluang dan ruang seperti ini harus dibuka kepada golongan wanita agar seimbang dengan golongan lelaki.

Yang Berhormat Puan Chong Eng, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam berkata indeks kurang gender yang di Keluarkan pada bulan November 2018 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan bahawa golongan wanita di Malaysia telah menerima peluang yang sama dengan golongan lelaki dalam sektor pendidikan dan juga kesihatan.

Ucapan Perasmian oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff

Ucapan Perasmian oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor Shariff

Namun begitu, ketidaaksamaan masih wujud dalam sektor ekonomi dan juga politik. Lantaran itu, dalam usaha merapatkan jurang gender tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil beberapa inisiatif. Pertama ialah menguna pakai Dasar Keterangkuman Gender yang menetapkan bahawa semua jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri menggunakan metodologi ‘Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB)’.

Melalui GRPB, kitaran bajet akan mengambil kira aspek-aspek keterangkuman gender untuk memastikan keperluan golongan wanita dan lelaki, anak-anak perempuan dan anak-anak lelaki dari latar belakang yang berbeza dapat di penuhi. Menerusi polisi ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk mencapai komposisi penjawat awam terutama di peringkat pembuat keputusan, yang terdiri daripada 40 peratus wanita, 40 peratus lelaki dan berbaki 20 peratus akan dibuka kepada wanita dan juga lelaki.

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff membuat lawatan ke tapak pameran

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor Shariff membuat lawatan ke tapak pameran

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor Sharif dalam ucapannya berkata setiap hari semakin ramai golongan wanita memasuki pasaran kerja. Mereka juga menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan untuk mencapai kejayaan dalam karier mereka. Oleh itu, pengeksploitasian  dan diskriminasi terhadap wanita haruslah dielakkan sama sekali. Kini, golongan wanita semakin mengetahui hak mereka dan perlindungan dari segi undang-undang untuk menjaga kepentingan demi mencapai aspirasi mereka.

Turut hadir bersama Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berbahagia Dato’ Sr Haji Rozali Haji Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi.

Tinggalkan komen anda