Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

70,594 Pekebun Kecil, Penoreh Getah Belum Terima BMT Diminta Bersabar

By 4 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/fotobAsmidar Zainol/Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 70,594 pekebun kecil dan penoreh getah yang belum menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2018, diminta bersabar.

Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Datuk Harris Mathew menjelaskan bantuan daripada kerajaan Persekutuan itu hanya diberi kepada 6,055 pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Sabah telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat supaya dipanjangkan kepada golongan pekebun kecil dan penoreh di negeri ini.

Harris (kiri) berbual mesra bersama Mohd Shafie (kanan).

Harris (kiri) berbual mesra bersama Mohd Shafie (kanan).

“BMT hanya diberikan kepada 6,055 pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA, bukannya 70,594 ribu yang berdaftar dengan LIGS.

“RM600 diperuntukkan kepada setiap pekebun kecil dan penoreh yang berdaftar bagi musim tengkujuh selama tiga bulan iaitu November, Disember 2018 dan Januari 2019.

“Saya dan Menteri Pertanian dan Industri (MAFI) Sabah, Datuk Junz Wong telah mengadakan perbincangan bersama kerajaan pusat untuk mendapat RM42 juta bantuan kepada pekebun kecil dan penoreh getah di Sabah.

“Pada masa ini, kita masih lagi dalam perbincangan dan kita sangat berharap agar menerima maklum balas positif dalam masa terdekat,” katanya.

Harris (kiri) berbual mesra bersama Mohd Shafie (kanan).

Harris (kiri) berbual mesra bersama Mohd Shafie (kanan).


Menurut Harris, masalah tersebut mungkin berpunca daripada polisi baharu yang hanya mengambil kira pekebun kecil dan penoreh di bawah RISDA dan terlepas pandang mengenai LIGS.

Dalam pada itu, LIGS juga mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat berkenaan pembayaran balik ke atas perbezaan harga lantai getah.

“Berikutan harga getah yang agak rendah, kerajaan menetapkan harga lantai atau activation price di paras RM2.50.

“Sekiranya harga getah di ladang RM2.00, kerajaan pusat akan memberi bayaran insentif  50 sen bagi setiap kilogram getah yang dijual.

“Walau bagaimanapun pembayaran insentif berkenaan hanya dibayar selepas tempoh dua bulan selepas penjualan getah.

Mohd Shafie (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Harris (kanan).

Mohd Shafie (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Harris (kanan).



“Oleh itu, LIGS mencadangkan agar pembayaran dibuat oleh LIGS terlebih dahulu dan kemudiannya dibayar balik oleh kerajaan pusat,” ujarnya.

Tambah Harris pembayaran tertunggak Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sebanyak RM15 juta kepada 28 ribu pekebun kecil dan penoreh getah di Sabah dijangka selesai dibayar pada April ini.

Harris mendedahkan, pada tahun ini, LIGS menggalakkan pekebun getah untuk melaksanakan aktiviti ekonomi tambahan (AET) dengan memperkenalkan penanaman halia dan lada hitam serta penternakan kelulut sebagai pendapatan sampingan agar tidak bergantung hanya kepada pendapatan hasil getah.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi memaklumkan persaraan beliau yang berkuatkuasa esok, 5 April selepas berkhidmat selama 46 tahun dalam perkhidmatan awam.

EM

Tinggalkan komen anda