Skip to main content
HomeJohor

Bau Tinja Ayam Ganggu Penduduk Yong Peng

By 4 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Pelapor/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/Suriani Wasilah (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 3,000 penduduk di sekitar Yong Peng terjejas dengan pencemaran bau berpunca daripada penggunaan baja tinja ayam yang tidak diproses oleh pekebun di sini.

Hal ini mengakibatkan kualiti kehidupan penduduk terganggu dan mereka terpaksa menghidu bau busuk najis haiwan berkenaan setiap hari selain mengakibatkan kehadiran lalat sejak dua minggu lepas yang memburukkan lagi keadaan di kawasan terbabit.

Cecair EM yang dibawa untuk merawat tinja ayam tidak diproses bagi mengurangkan bau tinja ayam

Cecair EM yang dibawa untuk merawat tinja ayam tidak diproses bagi mengurangkan bau tinja ayam

Rentetan itu, penduduk dan peniaga makanan di kawasan sekitar membuat aduan mengenai pencemaran trsebut dan mendapat perhatian daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng, Mohd Hafiz Aliman.

Mohd Hafiz berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas sekiranya pekebun berkenaan masih berdegil.

“Pihak kami telah mengeluarkan notis peringatan kepada seorang pekebun yang telah dikenal pasti dan notis ini adalah sebagai pengajaran kepada pekebun lain agar merujuk kepada pihak Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar berhubung penggunaan baja yang sesuai,” Jelasnya ketika ditemui.

YDP dan ADUN Yong Peng berbincang dengan pekebun bagi mencari jalan penyelesaian

YDP dan ADUN Yong Peng berbincang dengan pekebun bagi mencari jalan penyelesaian

Dalam masa yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, Chew Peck Choo turut menyatakan harapan agar pengusaha kebun menitik beratkan penjagaan alam sekitar supaya pencemaran bau ini tidak berulang pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Bahagian Regulatori Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor, Dr. Norshazmira Salleh berkata negeri Johor merupakan peneraju utama ternakan ayam di Malaysia dan Batu Pahat sebagai penyumbang jumlah ladang unggas terbesar sebanyak 214 buah ladang.

YDP dan ADUN Yong Peng berbincang dengan pekebun bagi mencari jalan penyelesaian

YDP dan ADUN Yong Peng berbincang dengan pekebun bagi mencari jalan penyelesaian

“Walaupun harga baja tinja ayam belum diproses jauh lebih murah berbanding baja Effective Microorganism (EM) atau baja kimia, tetapi para pekebun haruslah mengambil sikap menjaga alam sekitar agar tiada pencemaran bau berlaku serta tidak memberikan kesan yang tidak baik sehingga mewujudkan ketidakselesaan di kalangan penduduk tempatan hanya kerana inginkan keuntungan semata-mata,” ujarnya.

EM

Tinggalkan komen anda