Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

ADUN, Rakyat Bergabung Indahkan Rawang

By 29 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Landskap Bandar Baru Rawang menjadi lebih ceria melalui Program ‘Keep Go Clean’ setelah kerja-kerja mengecat pagar dan tembok dilakukan, semalam.

Seramai 20 orang pelajar dari Akademi Latihan Ivory dan 50 peserta dari pelbagai persatuan sekitar Rawang menyertai program anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang dan Ahli Parlimen Selayang itu.

Pagar sekitar Rawang kelihatan cantik dan menceriakan selepas kerja mengecat dilakukan.

Pagar sekitar Rawang kelihatan cantik dan menceriakan selepas kerja mengecat dilakukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata program pengindahan tersebut merupakan kerjasama antara kerajaan dengan pihak luar untuk sama-sama mengerah tenaga membangunkan Rawang.

“Diharapkan ia mampu membuka mata masyarakat untuk meningkatkan kesedaran budaya bergotong- royong dan menjaga kebersihan kawasan Rawang bagi mewujudkan suasana yang indah dan selesa.

“Program seumpama ini akan teruskan pada masa hadapan dengan melibatkan lebih ramai penyertaan kalangan penduduk Rawang,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda