Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Bakal Pengundi Diberi Pededahan Awal

By 4 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Hanafi Sariman (Seberang Perai Utara)

PENAGA, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang pelajar daripada ahli Kelab Malaysiaku dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda yang terdiri dari tingkatan empat telah diberi pendedahan tentang proses Pilihanraya yang diamalkan di negara Malaysia.

Para pelajar ini didedahkan tentang proses pilihanraya melalui Program Amalan Demokrasi Berparlimen, Kelab Malaysiaku anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara dengan kerjasama Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Pulau Pinang yang diadakan di dewan sekolah berkenaan disini, semalam.

Selain taklimat tentang proses pilihanraya yang disampaikan sendiri oleh Encik Raveendran Nair, Pengarah Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang, para peserta program juga turut terlibat dengan simulasi pilihanraya yang sebenar.

Simulasi proses pilihanraya oleh pegawai SPR sambil diperhatikan oleh Pengarah Pejabat SPR Negeri Pulau Pinang

Simulasi proses pilihanraya oleh pegawai SPR sambil diperhatikan oleh Pengarah Pejabat SPR Negeri Pulau Pinang

Simulasi Piliharaya ini bertujuan supaya para peserta program dapat pendedahan awal dan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang berlaku dalam proses pengundian jika sebuah pilihanraya sedang dijalankan.

Para peserta yang terpilih turut diminta untuk melakonkan watak sebagai petugas pilihanraya dan pengundi di simulasi berkenaan, kakitangan Pejabat Pilihanraya hanya memberi arahan dan membantu simulasi berkenaan bagi mewujudkan seperti suasana sebenar.

Menurut Cikgu Shahadat, selaku Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku di SMK Sri Muda, berkata program ini amat berguna kerana bukan semua orang memahami sepenuhnya proses pilihanraya sebagai seorang pengundi apatah lagi peranan dan tanggungjawab setiap petugas-petugas yang ada di dalam bilik pembuangan undi berkenaan.

urus setia dan juga pelajar yang terlibat dalam simulasi tersebut

urus setia dan juga pelajar yang terlibat dalam simulasi tersebut

Beberapa pelajar yang ditemui juga menyatakan, program ini amat baik sekali kerana dapat memberi gambaran yang jelas bagaimana proses membuang undi berlaku dan ianya amat sesuai dengan mata pelajaranya di sekolah. Ada juga pelajar yang melahirkan perasaan teruja dan tidak sabar untuk mengundi jika cadangan had umur diturunkan kepada 18 tahun, ini kerana mereka berkemungkinan akan menjadi pengundi pada pilihanraya umum ke-15 akan datang.

Tinggalkan komen anda